Soalan: Ingin Kepastian
Nama*: | azri |
Tajuk*: | Ingin Kepastian |
Message*: | Assalamualaikum wbt Ustaz....
Saya ada bercerita pada orang tua saya tentang gangguan yang saya alami...Kemudian saya beritahu pada orang tua saya, bahawa saya pernah terbaca tajuk dalam akhbar tempatan lalu saya menyebut begini "Kerana Gangguan Sihir Rumahtanggaku Musnah".Saya tidak ada niat apa-apa masa menyebut ayat itu.Selepas saya menyebut tajuk akhbar tersebut,saya berkata "Ini Naz (Nama Panggilan Saya).Sebenarnya saya ingin berkata "Ini Naz tak nak berlaku dalam rumahtangga Naz,Naz sayangkan rumahtangga Naz." tetapi ayat saya tergantung hanya "Ini Naz".
Soalan saya Ustaz, Jatuh atau tidak? Saya tidak berniat apa2 pun..... |
File Upload: | |
Salam
Saudara perlu ubati dan ubah penyakit gangguan dalam diri.. ia merosakkan minda dan perlakuan anda..
Ia tiada kaitan dengan talak, kenapa perlu dirisaukan..
tk
Visitor IP: 175.139.130.102
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.