Wednesday, April 5, 2017

Soalan: Nafkah Suami

Nama*:Noor
Tajuk*:Nafkah Suami
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Saya sudah mendirikan rumah tangga 3tahun lebih.
Masa awal perkahwinan, suami ada berkerja. Selepas itu dia berhenti berkerja, dalam tempoh 7 bulan juga dia menganggur. Selama dia menggangur saya yang menampung semua perbelanjaan keluarga kami. Kami tinggal bersama keluarga suami.
Masa saya mengandung, suami ada mendapat pekerjaan. Tapi tidak lama, cuma 3bulan sahaja. Selepas itu dia tidak berkerja, dari masa saya dalam pantang sehingga ke hari ini anak saya hampir setahun bulan depan. Kami kerap mengalami masalah kewangan, selalu bergaduh depan anak. Saya memang tidak boleh mengawal perasaan marah saya, sebab semua benda jatuh atas bahu saya, sedangkan dia duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Dari mengemas rumah, basuh baju, cari nafkah saya yang tanggung. Suami ada juga menolong kerja rumah, itu pun ikut mood dan kena suruh.
Saya rasa dah tak larat nak tanggung semua ini. Saya rasa macam nak minta cerai dari suami. Sayang memang sayang, tapi bila fikirkan balik, sampai bila saya harus mengadap semua ini. Apa yang saya harus lakukan sekarang.
File Upload:
Salam

Elok dibawa kes ini ke pihak kaunseling dahulu. Mintalah nasihat mereka.

Kalau cerai pun, tak ke mana juga.. suami akan datang minta duit juga... itulah perangai orang malas...

Kalau sudah tidak tahan dengan sikap suami, boleh juga buat tebus talak. Tapi semua itu kena berurusan dengan pejabat agama.

tk

Visitor IP: 175.143.16.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA