Soalan: Keliru
Nama*: | Siti |
Tajuk*: | Keliru |
Message*: | Saya bergaduh besar dgn suami saya sebab dia mempunyai hubungan dengan wanita lain..masa tu sy ada mohon cerai tapi suami senyap je.. satu hari saya msg dia berkali2 minta sijil nikah dan surat beranak untuk permohonan cerai..esoknya suami saya menyerahkan sijil nikah dan surat beranak anak atas alasan saya yg minta.. paginya saya kejut dia dr tido dan bertanya semula adakah abang setuju... masa tu dia jawab ikut sayang..esoknya saya rasa muhasabah diri maka tidak jadi untuk menghantar permohonan.. adakah saya dan suami saya masih sah.. saya ada bertanya pada suami saya samaada dia ada niat ke untuk berpisah dengan saya..dia kata tiada sebarang niat dan tindakan ke arah itu..semuanya tindakan saya sendiri..mohon pencerahan.. |
File Upload: | |
Salam
Selagi suami tidak melafazkan talak, tidaklah terjadinya cerai.
Cerai itu haknya suami..
tk
Visitor IP: 202.188.42.214
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.