Saturday, May 11, 2024

Soalan 1: Jamak dan Qasar

Nama*:Abdul Ghani Rahmat
Tajuk*:Jamak dan Qasar
Pertanyaan*:Boleh nyatakan, jarak perjalanan untok membolehkan Jamak dan Qasar?
Jawapan:

Salam

Mengikut ketetapan Majlis Agama Islam Negeri Johor, kadar marhalah untuk dikira membolehkan jamak dan qasar ialah sejauh 81KM.

terima kasih



Visitor IP: 180.74.225.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 30, 2018

Soalan: jatuh


Nama*:karim
Tajuk*:jatuh
Pertanyaan*:assalamualaikum

ustaz, saya marah anak saya memanjat jadi saya jerit 'jatuh'. tetapi dalam hati terniat jatuh talak. adakah talak jatuh?
Jawapan:
maaf, ia tidak jatuh talak..

Usah bermain dengan fikiran talak seperti ini, tak perlu kaitkan semua perkara dengan talak..


Visitor IP: 183.78.47.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 29, 2018

Soalan: tentang talaq


Nama*:Hamba allah
Tajuk*:tentang talaq
Pertanyaan*:Salam ustaz saya kurang ngerti niat di dalam talak kinayah ada kah di kira niat di saat saya berucap talak kinayah pada istri saya saat bersamaan di dalam hati dan pikiran saya ada lintasan akan percerain apakah lintasan hati macam tu dah di kira niat ustaz mohon penjelasan nya ustat.
Jawapan:
Salam
Kinayah bermaksud, kita suruh dia keluar daripada rumah, berambus... gitu lah.. tetapi bukan dengan maksud KELUAR sahaja, tetapi bermaksud CERAI, maka terjadilah talak.

lintasan bukannya lafaz kinayah...

Visitor IP: 182.1.61.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 2: isyarat


Nama*:kamal
Tajuk*:isyarat
Pertanyaan*:slm,
adakah semua isyarat dan perbuatan boleh di kaitkan dengan talak isyarat atau hanya isyarat tertentu sahaja?
Jawapan:
Salam

Biasanya, perbuatan yang menunjukkan kebencian melampau adalah dikaitkan dengan perbuatan kepada lafaz talak, cerai.

Seperti mengusir isteri keluar rumah..


Visitor IP: 175.142.15.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz "aku nak ceraikan engkau"



Nama*:rahman
Tajuk*:lafaz "aku nak ceraikan engkau"
Pertanyaan*:Assalamualaikum...

adakah lafaz "aku nak ceraikan engkau" menjatuhkan talak ataupun tidak
Jawapan:


Visitor IP: 161.139.222.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz perkataan cerai kerana soalan dari hati


Nama*:rahman
Tajuk*:lafaz perkataan cerai kerana soalan dari hati
Pertanyaan*:assalamualaikum...

dahulu saya sering bergaduh dengan isteri saya. sampailah satu masa saya ada mempertimbangkan dalam hati samada nak menceraikan isteri atau pun tidak. Antara dialog dalam hati ( hati bertanya ngko nak ceraikan dia ke tak (bermaksud isteri) ? dalam tak sedar bibir pun melafazkan perkataan "cerai" bagi menjawab pertanyaan yang hati lontarkan. adakah dalam kes ini telah jatuh talak padahal dia cuma menjawab pertanyaan hati samada nak ceraikan isteri dia atau pun tidak. (maksudnya dia nak ceraikan isteri dia tapi hanya sebut perkataan cerai bagi menyatakan nak menceraikan isteri dia.
Jawapan:


Visitor IP: 161.139.222.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 28, 2018

Soalan: talak


Nama*:syazwan
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:assalamualaikum,
apa hukum sekiranya suami mengucapkan perkataan talak di dalam hati tuju kepada isteri ketika melihat isteri dalam keadaaan marah?

wslm
Jawapan:


Visitor IP: 115.135.140.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 27, 2018

Soalan: pukul


Nama*:jamal
Tajuk*:pukul
Pertanyaan*:slm
ustaz, saya pernah memukul isteri 10 tahun lepas tetapi akibat rasa bersalah kerap terniat cerai bila terbayang semula kejadian tersebut. masa kejadian tu memang niat saya nak mengajar isteri je. berlakukah talak sekiranya terniat sekarang walaupun kejadian tu dah lama?

wslm
Jawapan:


Visitor IP: 60.49.65.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA