Soalan: Adakah Jatuh Talak
Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Adakah Jatuh Talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz ..
Saya ada berkata kepada isteri 'aku nak tinggalkan awak' , 'jom berpisah' tujuan untuk mengugut isteri supaya menghormati saya sebagai suami dan keluarga saya tapi dia masih tak ambil kisah. kalau boleh saya tak mahu rumahtangga kami musnah sebab saya sayangkan anak yang masih kecil...
Minggu lepas saya ada menyebut "aku nak lepaskan awak" tujuan adalah supaya dia berubah juga.. TAPI dalam masa yang sama ada niat di hati nak ceraikan dia... Dalam sebulan dua ni juga saya asyik fikir nak bercerai saja dengan dia sebab dah tak boleh sabar lagi.
Dua tiga hari ni saya terigat semula apa yang saya sebut itu, saya was-was dan muskil dengan apa yang saya sebut itu..
Adakah jatuh talak begitu? Kerana ada lintasan hati menyambung selepas saya ucap.
Sekian, mohon penjelasan. |
File Upload: | |
Salam
Jika perkataan suami, aku NAK lepaskan awak; perkataan NAK di sini masih tidak langsung menjatuhkan talak kerana ia masih dalam bentuk PILIHAN..
Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak, jika dikaitkan dengan niat pula, ia masih ada keraguan di situ.
tk
Visitor IP: 1.9.139.247
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.