Nama*: | Dhiya |
Tajuk*: | Talak |
Message*: | Saya telah bergaduh dengan suami hanya kerana saya mengambil anak saya dari mertua saya. Mertua saya telah menghasut suami saya sehingga dia sangat marah dan dia telah menghantar saya ke rumah keluarga saya dan berkata ''aku tak nak tengok muka kau lagi kat rumah mak bapak aku''. Untuk pengetahuan saya dan suami tinggal asing dari mertua. Peristiwa berlaku ketika kami balik kampung belah suami Saya ingin bertanya, adakah talak ini tergolong dalam talak kias? Adakah talak telah jatuh? |
File Upload: |
Ungkapan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak jika suami tiada NIAT untuk cerai. Perlu dapatkan kepastian daripada suami.
Soal mertua yang menyebabkan pergaduhan, seeloknya buat masa ini berasinglah daripada keluarga seketika agar ketentuan hidup itu dapat dibuat bersama suami isteri. Bila terjadinya campur tangan keluarga, banyak yang sukar hendak dileraikan.
Cubalah duduk di rumah sendiri bersama suami.. itu sebaiknya untuk memahami pasangan..
tk
Visitor IP: 124.82.60.83
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.