Soalan: Taqlik
Nama*: | Yana |
Tajuk*: | Taqlik |
Message*: | Assalamualaikum ustaz...
Saya bergaduh dgn suami...
Kemudian suami melarang saya keluar dari rumah.
Ayat suami seperti ini :
"Kau jangan keluar ke pagar depan,keluar dari sliding door boleh".
Saya pun cakap pada suami :"kalau saya nak buang sampah,pergi jalan2,pergi klinik,hantar jemput anak sekolah mcm mana?".
Suami berkata :"pergi dengan abang lar".
Setelah reda, keadaan jadi seperti biasa dimana kadang² saya keluar seorang diri utk ke kedai, buang sampah, ke klinik...
Suami tak marah...
Soalan saya, boleh jatuh talak ke sbb saya tak keluar ke klinik dll dgn suami?
Ayat / larangan suami itu tidak ada ayat/perkataan talak, jadi bagaimana hukumnya?
Mohon jawapan Dari Ustaz |
File Upload: | |
Salam
Kena pastikan daripada suami, adakah dimaksudkan taklik berkenaan hanya terpakai pada hari berkenaan sahaja atau dipakai sepanjang masa. Jika sepanjang masa, maksudnya isteri tidak boleh keluar seperti diarahkan..
Minta penjelasan suami.
tk
Visitor IP: 1.9.102.230
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.