Sunday, April 30, 2017

Soalan: sebutan talak


Nama*:hazami
Tajuk*:sebutan talak
Message*:asalamualaikum ustaz.
panjang cerita saya tetapi saya ringkaskan saya pernah terlafaz talak bersendirian (ada unsur was was) dan pernah bertanya pegawai agama. dia ckp tidak jatuh talak. akibat drpd kejadian terlafaz tu ada juga berlaku kejadian susulan yg tak dpt sy nak elakkan. walaupun sy dah berubat tetapi masih ada berlaku...
1. adakah jatuh talak seorang suami bercakap perkataan 'cerai isteriku' (tanpa ada perkataan aku atau saya) bersendirian tanpa niat cerai. sebab lafaz tak pasti (mungkin nak mengingat perkataan lama) tetapi yg pasti bukan nak bercerai.
2. jatuhkah talak suami cakap bersendirian 'aku..... lafaz soreh... isteriku' tetapi bukan maksud isteri sendiri hanya perkataan sahaja. lafaz juga untuk mengingatkan sesuatu kejadian sebelumnya.
3. org yg was was mcm sy ni ada peluang ke dpt syafaat dr nabi muhammad saw?
tq ustaz
File Upload:
Salam

Bertaubatlah.. cuba baiki gangguan was-was saudara..

tk


Visitor IP: 175.140.161.45

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami whatsapp aku lepaskan kau

Nama*:wan
Tajuk*:suami whatsapp aku lepaskan kau
Message*:As salam ustaz...sy ada kemusykilan mngenai lafaz talak...beberapa hr lps sy brgaduh dgn suami melalui whatsapp...sy ckp dgn suami awk lepaskn la sy...lalu suami balas...aku lepaskn kau...sleps bberapa hr sy tanya suami...adakh dia brniat nk ceraikn kn sy wktu dia tlis whatsapp 2...dia ckp mana ada...awk yg suruh...mam mana ye ustaz...tu d kira jatuh talak ke tak...mohon pencerahan...t.kasih
File Upload:
Salam

Jika teks mesej berkenaan dalam bentuk tawaran dan terimaan, maka ia menjatuhkan talak..

Contoh msg; isteri: Awak lepaskanlah saya (dengan maksud cerai)

Suami: AKu lepaskan kau..

ia boleh menjatuhkan talak kerana ada pemintaan daripada isteri dan jawapannya jelas daripada suami yang memahami maksud permintaan isteri berkenaan, untuk diceraikan.

tk

Visitor IP: 183.171.72.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 28, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Dhiya
Tajuk*:Talak
Message*:Saya telah bergaduh dengan suami hanya kerana saya mengambil anak saya dari mertua saya. Mertua saya telah menghasut suami saya sehingga dia sangat marah dan dia telah menghantar saya ke rumah keluarga saya dan berkata ''aku tak nak tengok muka kau lagi kat rumah mak bapak aku''. Untuk pengetahuan saya dan suami tinggal asing dari mertua. Peristiwa berlaku ketika kami balik kampung belah suami

Saya ingin bertanya, adakah talak ini tergolong dalam talak kias? Adakah talak telah jatuh?
File Upload:
Salam

Ungkapan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak jika suami tiada NIAT untuk cerai. Perlu dapatkan kepastian daripada suami.

Soal mertua yang menyebabkan pergaduhan, seeloknya buat masa ini berasinglah daripada keluarga seketika agar ketentuan hidup itu dapat dibuat bersama suami isteri. Bila terjadinya campur tangan keluarga, banyak yang sukar hendak dileraikan.

Cubalah duduk di rumah sendiri bersama suami.. itu sebaiknya untuk memahami pasangan..

tk

Visitor IP: 124.82.60.83

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 25, 2017

Soalan: Solat

Nama*:Yana
Tajuk*:Solat
Message*:Assalamualaikum ustaz..
1. Boleh ke kalau semasa solat fardhu, semasa rukuk dan sujud,kita tak baca ayat...hanya buat pergerakkan anggota sahaja?

2. Apa hukum orang lelaki yg tidak solat berjemaah di surau/masjid, akan tetapi solat berjemaah bersama anak isteri di rumah sahaja?.

3. Bagaimana cara nak ganti solat yg tertinggal..contoh tertinggal solat subuh, bila masa yg sesuai untuk qada solat subuh itu.

4. Niat solat fardhu: dalam bahasa arab di mulut dan dlm bahasa rumi di dlm hati, bila masa nak niat tu, adakah ketika mengangkat takbiratulihram? atau niat sebelum takbiratulihram?

Mohon penjelasan ustaz.
File Upload:
Salam

1. Bacaan semasa rukuk sujud iktidal dan duduk antara dua sujud, adalah sunat sahaja. Rugi kalau tak baca sebab tak dapat pahala sunat walaupun sah solatnya.

2. Lelaki adalah lebih utama berjemaah di masjid/ surau. Mungkin sesekali berjemaah dengan keluarga itu baik sebagai bimbingan kepada isteri dan anak-anak

3. Solat perlu segera digantikan. Jika bangun lewat jam 8 pagi, maka jam itu jugalah didirikan solah subuh... sesegera mungkin.

4. Niat ketika takbir...

ok tq

Visitor IP: 113.210.51.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was

Nama*:Adam
Tajuk*:Was-was
Message*:Salam ustaz. Saya nk tanya satu soalan. Macamni lebih kurang situasinya. Saya sedang berbual dengan majikan saya. Sejurus itu saya menceritakan pengalaman saya berpraktikal di sebuah pejabat agama sebelum ini kepadanya. Saya menceritakan bahawa saya ada juga berpengalaman mengenai cara-cara mengemaskini sistem perkahwinan malaysia di laman sesawang. Saya berkata begini. "Dulu (di tempat praktikal), nikah cerai saya buat''. Lepas itu datang perasaan was-was, tak apa ke saya kata begitu. Adakah ia menjatuhkan talak? Sedangkan saya menceritakan perihal/skop kerja yg saya lakukan pada praktikal dahulu. Bukannya saya memaksudkan nak cerai pun.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana dilafazkan bukan dengan tujuan cerai dan ia tidak pernah ditujukan kepada isteri saudara..

tk

Visitor IP: 183.171.79.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 24, 2017

Soalan: Boleh jatuh talak atau tidak

Nama*:Saidatul
Tajuk*:Boleh jatuh talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz...

Suami saya memberitahu saya yg kawannya ada masalah rumah tangga dimana isterinya ada lelaki lain...
Mak mertua saya pun ada masa saya dan suami sedang berborak mengenai kawan suami.

Kemudian, mak mertua saya bertanya kepada suami saya :" kalau kau dapat isteri macam tu,kau ceraikan ke atau kau tinggalkan?"..
Suami saya menjawab :"saya ceraikan dan cari lain...

Saya tersentak & tergamam bila mendengar jawapan dari suami.

Apakah hukumnya yer ustaz bila suami jawab macam tu?
Suami jawab : saya ceraikan dan cari lain.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana ia jawapan kepada persoalan yang ditanya dan ia tidak ditujukan dan tidak dimaksudkan untuk bercerai dengan isterinya.

tk

Visitor IP: 113.210.51.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: terlepas kata

Nama*:Bibi Zara
Tajuk*:terlepas kata
Message*:Assalamualaikum ustaz..sy ade sedikit pertanyaan..harap ustaz dapat membantu persoalan sy ini..Kisahnya begini..si suami dan si isteri sedang bergaduh, tiba-tiba si suami terlepas kata. Dia cakap macam ni " aku haramkan kau buka FB @ Instagram dalam rumah ini, kalau tidak jatuh talak 3".. sewaktu berkata begitu si suami dalam keadaan marah. Apabila si suami menyesal akan kata-katanya itu boleh kah dia menarik balik kata-katanya itu semula selagi mana si isteri belum melakukan larangan yg di buat itu? Atau jika si isteri meminta izin dari suami nya berbuat demikian dan si suami membenarkan..adakah jatuh talaknya? bagaimana untuk membatalkan ucapan yang telah di lafazkan suami itu?
File Upload:
Salam

Lafaz taklik pada sebahagian ulama tidak membenarkan ia ditarik balik...

Ada yang kata boleh ditarik balik.. kalau nak ikutkan pendapat dibenarkan tarik balik, maka bolehlah suami menarik balik semula lafaz taklik berkenaan.

Dalam bab ini, suami kena bijak dan sabar.. Usah gelojoh menghukum dan nak kaitkan dengan talak.. maka itulah jadi kesudahannya.

tk

Visitor IP: 203.217.176.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah boleh terjadi talak taklik?

Nama*:Noridah bt osman
Tajuk*:Adakah boleh terjadi talak taklik?
Message*:Soalan :
Diatas meja ada botol kaca... anak saya ingin mencapainya dan dengan pantas suami saya mengangkat dan mengalihkan botol itu ke tempat lain sambil berkata:
"kalau jatuh bercerai".
Saya yakin suami maksudkan kalau botol tu jatuh bercerai (pecah). Saya masa tu dengar suami cakap sebab saya ada di tempat kejadian...
Saya tak pasti suami memandang saya atau tidak semasa berkata demikian.

Mohon Ustaz jelaskan, adakah kata kata suami itu boleh jatuh talak? Adakah ia merupakan Lafaz Cerai Takliq /Sorih /kinayah ?
File Upload:
Salam

Jika suami bermaksud bercerai itu ialah berpecah botolnya, maka tiadalah kaitan langsung dengan cerai atau talak..

Usah disusahkan hendak kaitkan semua cerai itu dengan TALAK.. tk

Visitor IP: 113.210.51.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan tentang talak taklik yang disuruh oleh isteri

Nama*:Adib
Tajuk*:Pertanyaan tentang talak taklik yang disuruh oleh isteri
Message*:Assalammualaikum tuan,

Saya nak bertanya satu soalan berkenaan isteri menyuruh suami untuk buat talak taklik.

Baiklah situasinya begini tuan, suami isteri ni twlah bercerai talak 1 dan kemudiannya rujuk semula. Ok pada hari yang rujuk tu ketika berdua2an si isteri telah meminta si suami untuk berjanji tidak memukul si isteri jika tidak jatuh talak 1. Pada mulanya si suami enggan kerana menganggap dia tidak dapat mengawal marah satu hari nanti dan memungkinkan akan memukul si isteri nanti. Namun begitu si isteri terus memaksa si suami berjanji dan si suami tidak dapat brfikir panjang kerana baru saja lepas rujuk dan sekarang disuruh pulak untuk berjanji. Dengan berat hati si suami hanya bercakap "hmm ok" dengan rasa berbelah bagi.

Jadi tuan saya nak bertanya adakah talak taklik ini valid kerana pada pemahaman saya talak perlu bersertakan niat dan dilafazkan dengan jelas seperti "jika saya pukul awak maka jatuh talak 1". Si suami tidak pulak lafazkan melainkan berkata "hmm ok" tanpa ada niat untuk ceraikan si isteri.

Sekian, terima kasih.
File Upload:
Salam

Yang suami tu nak pukul isteri buat apa.. kalau marahpun, janganlah nak pukul isteri.. Isteri bukan tempat melepaskan marah dan dendam.. tak bijaknya suami kalau nak pukul isteri...

Lafaz taklik hendaklah dibuat atas kerelaan suami.. SUami yang terpaksa berbuat taklik seperti itu adalah tidak sah lafaz takliknya.

tk

Visitor IP: 183.171.88.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 23, 2017

Soalan: Taklik

Nama*:Suri
Tajuk*:Taklik
Message*:Saya yg bertanyakan soalan dibawah :

Assalamualaikum ustaz...
Saya nak tanya tentang lafaz taklik selepas akad nikah...

Saya ada menelefon mahkamah dan mengadu tentang masalah rumah tangga.
Soalan saya :
Boleh jatuh talak taklik ke bila saya sbg isteri mengadu ke mahkamah melalui panggilan telefon shj.. sebab dlm lafaz taklik lepas nikah ada tulis " kalau isteri mengadu ke mahkamah & mahkamah selepas siasatan yg wajar mendapati ianya benar, maka jatuhlah atasnya satu Talaq.

Soalan saya :
Dalam lafaz taklik selepas nikah tu tiada tulis bayaran RM1..
Macam mana hukumnya?
Semasa saya menelefon pegawai mahkamah tersebut, beliau hanya memberi jawapan diatas pertanyaan saya shj serta beliau juga memberi pendapat dan nasihat.
File Upload:
Salam

Ia pada adatnya ialah berurusan dengan pejabat itu berlaku secara berhadapan bukannya sekadar telefon.. Jika telefon itu mungkin sekadar hendak mendapat info sahaja.. Itu pendapat saya.. tk

Visitor IP: 113.210.51.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak jatuh @ tidak dalam keadaan marah sangat (sambungan)

Nama*:Annas
Tajuk*:Talak jatuh @ tidak dalam keadaan marah sangat (sambungan)
Message*:Salam sekali lagi tuan,

Maaf sekali lagi menaip..sekali lagi saya dan betulkan..yea betul apa yang tuan dah cakapkan..saya salah faham ingatkan tuan nyatakan tentang talak jatuh dua kali dalam tempoh 4hb ke 6hb tetapi sebenarnya tuan maksudkan talak 1 yang pertama yang saya nyatakan pada awal mukadimah. Maaf sekali lagi kerana saya tidak baca betul2 dan salah faham pada anggapan tuan anggap saya lafaz 2 kali talak..tetapi tuan telah menyatakan dengan urutan yang betul.

Apapun sekali lagi terima kasih yea tuan kerana menyelesaikan kekusutan yang saya nyatakan iaitu talak taklik tetap valid bila sudah dilafazkan walaupun dalam keadaan marah sangat2.

Assalammualaikum
File Upload:
Salam

Terima kasih..

Visitor IP: 183.171.82.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 22, 2017

Soalan: perceraian

Nama*:Rohana Binti Muhamad
Tajuk*:perceraian
Message*:Assalamualaikum...Ustaz..saya inginkan kepastian dari ustaz,,adakah berlaku penceraian atau tidak dalam hidup kami sebagai suami isteri dengan kata-kata suami "kita berpisah buat selama-lamanya Rohana dan jangan cari aku dan anak-anak aku. dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan jika talak ini berlaku.untuk pengetahuan ustaz suami saya orang Negeri Kedah dan saya orang Negeri Kelantan,,,,suami pernah berkata apapun yang berlaku keatas saya kalau saya bawa kes ini diKelantan dia x akan bagi kerjasama...apa kesudahan hidup saya....minta ustaz perjelaskan...Terima kasih.
File Upload:
Salam

Kenyataan suami itu jika dengan NIAT nya untuk CERAI, maka terjadilah cerai/talak. Jatuhlah talak satu dengan perkataan seperti itu jika suami memang berniat CERAI.

Meneliti kepada maksud perkataan itu, ia memang berniat cerai. Namun puan perlu mendapatkan kepastian daripada suami akan maksud sebenar ungkapan berkenaan.

Jika terjadinya talak, maka ia sebenarnya perlu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan status sah talak dan mendapat pembelaan sewajarnya kepada isteri.

Saya nasihatkan puan, bawalah kes ini ke pejabat agama bagi mendapatkan jalan keluar.. Usah dibiarkan tergantung.. Kasihan nasib isteri..

tk

Visitor IP: 103.245.88.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak jatuh @ tidak dalam keadaan marah sangat

Nama*:Annas
Tajuk*:Talak jatuh @ tidak dalam keadaan marah sangat
Message*:Salam ustaz,
Saya ada kemusykilan berkenaan talak..ceritanya begini, saya dan isteri pernah bercerai talak 1 seblum ni, dan pada 6hb kami bercerai lagi dengan talak 1..ok untuk talak seterusnya dia jadi begini, seminggu sebelun talak jatuh, saya dan isteri brrgaduh hampir tiap2 hari, asal bersemuka akan bergaduh..ok tiba pada 6hb 4 aritu, ketika kami mahu mula makan (memang masih bergaduh lagi masa tu) saya bertanyakan isteri saya tentang rancangan untuk hantar dia balik ke rumah mertua pada 6hb kerana dia akan ke Australia bersama mertua pada 8hb..dia menyatakan akan balik sendiri dengan anak bongsu kami dan ini mendatangkan kemarahan yg teramat sangat kerana isteri dah berjanji untul tinggalkn kereta dirumah kami utk kegunaan saya antar anak2 ke sekolah..dalam keadaan bertekak dan marah teramat sgt saya telah lafaz taklik "jika awk balik bawa kereta ke sana,jatuh talak satu" dalam keadaan tidak sedar dan xde niat untuk ceraikan dia..saya berlalu pergi keluar..dalam pd marah lg dlm kereta saya msh beri amaran jatuh talak 1 klu dia bawa balik kereta..bila saya lama diluar dan tenangkan diri,saya pn balik dan isteri cakap akan suruh saya hantar dia balik ke sana..dan saya kata ok tak pa lagipun saya marah sangat2 tadi dan tidak sedar lafaz tu terkeluar.

Ok bila tiba 6hb pada hari yang dijanjikan, pagi tu masing2 pegi kerja dan saya ingatkan isteri saya tentang penghantaran dia balik dan dia kata dia akan balik jumpa saya di rumah..tiba waktu tengah hari saya hantar pesanan ringkas melalui whatsapp untuk peringatan penghantaran beliau, namun isteri saya ubah fikiran untuk balik sendiri..kali ini dalam keadaan sedar apa yang saya lafazkan saya tanya dia "xpa klau talak 1 ni" "sbb xkan tarik balik dah"..kemudian saya terus menghubungi isteri dan tanya mengapa beliau buat begitu lagi, janji tak tepati..dia pun menyatakan alasan2 yang saya tak boleh terima lalu saya bagitahu dia "abg msh berharap uda akan balik ke rumah kita utk abg hantar uda ke sana dan abg akan tgu, tp jika uda balik sendiri dgn anak ke sana, dah smpai nnt mklumkan kt abg, abg akn lafaz cerai talak 1" lalu saya balik dan menunggu sehingga la dlm 3 jam kemudian dia beritau sudah sampai sana, saya tiada pilihan selain lafaz cerai dgn talak 1.

Soalan saya :

1. Adakah cerai taklik yang saya lafazkn pertama kali masa saya marah sangat2 itu diterima sedangkan saya tidak sedar waktu saya lafazkan dan berniat untuk cerai masa itu disebabkan dlm keadaan marah2? Untuk pengetahuan tuan saya memang seorang yang panas baran (tapi bukan kaki pukul). Untuk lafaz cerai pada perenggan kedua tu saya akui sebab saya lafaz dalam keadaan sedar berserta niat.

Mmg saya ada niat untuk kembali berbaik dengan isteri demi anak2 walaupun bermacam2 masalah ditimbulkan oleh isteri, namun saya yakin kami msg2 boleh berubah untuk kebaikkan bersama.cuma saya risau sebab semasa isteri buat pengesahan mahkamah, seorg pegawai ada menyatakan talak jatuh sebanyak 2 kali disebabkan situasi diatas.

Harap Tuan Ustaz dapat membantu beri pendapat tuan.

Terima kasih.

Assalammualaikum
File Upload:
Salam

Apa yang saya faham, cerai yang pertama telah terjadi dan dirujuk.. Begitulah agakan saya.

Lalu sahlah telah ada talak satu.

Talak kali kedua berlaku pada 6 April baru ini berdasarkan kes yang disebut.. betulkah apa yang saya faham?

Soalnya, adakah kes 6 April itu benar-benar jatuh talak atau ia belum lagi terjadinya talak?

Taklik yang suami lafazkan itu adalah sah dan valid walaupun pengakuan suami mengatakan ia berlaku pada situati marah yang amat sangat. Perkara cerai dan talak akan terjadi walaupun dalam keadaan marah. Kalau tak marah, tidaklah terjadinya cerai..

Oleh kerana isteri melanggar taklik, maka terjadilah talak ke dua..

Itu yang saya faham. Mohon maaf jika ada kekhilafan.
Sila rujuk kes ke pejabat qadi bagi kepastiannya.

tk




Visitor IP: 183.171.86.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 20, 2017

Soalan: Bergaduh dgn suami dan mertua

Nama*:Diana
Tajuk*:Bergaduh dgn suami dan mertua
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya ada gaduh dgn suami dan mak suami...
Mak mertua saya ni kurang pendengaran sikit..

Suami saya berkata kpd saya :
" kalau awak tak minta maaf pada mak, saya hantar awak balik kampung serta jgn balik sini lagi"...

Saya pun terus pergi ke mak mertua ,saya salam dan cakap :
" mak,diana minta maaf", saya salam dan cium kaki mak...
Tapi saya Tak Pasti samada mak mertua saya dengar atau tidak ucapan maaf saya sbb mak mertua saya kurang pendengaran...

Apa hukumnya ustaz? Jatuh talak atau tidak?
File Upload:
Salam

Suami tidak menjatuhkan talak ke atas isterinya... Bila mana isteri sudah minta maaf, memadailah kehendak suami itu dituruti. Soal emak tak dengar tak jadi masalah kerana isteri telah melakukan apa yang kehendaki suami.

Perbuatan itu sudah cukup untuk membuktikan apa yang dikehendaki suami.

tk

Visitor IP: 113.210.107.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Beritahu mahkamah melalui telefon

Nama*:Suri
Tajuk*:Beritahu mahkamah melalui telefon
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya nak tanya tentang lafaz taklik selepas akad nikah...

Saya ada menelefon mahkamah dan mengadu tentang masalah rumah tangga.
Soalan saya :
Boleh jatuh talak taklik ke bila saya sbg isteri mengadu ke mahkamah melalui panggilan telefon shj.. sebab dlm lafaz taklik lepas nikah ada tulis " kalau isteri mengadu ke mahkamah & mahkamah selepas siasatan yg wajar mendapati ianya benar, maka jatuhlah atasnya satu Talaq.
File Upload:
Salam

Cuba perhatikan semula taklik berkenaan. Ada tak bertulis; "disertakan bayaran RM1' jika ada, ia masih selamat.

Jika tidak ada, adakah pengaduan melalui telefon itu dikira sebagai mengadu kepada mahkamah? Pada saya secara formalitinya ia tidak dianggap mengadu lagi kerana urusan pejabat dalam kes seperti ini perlu bersemuka dengan staf pejabat qadi... itu yang formalnya..

maaf saya tak pasti..

tk

Visitor IP: 113.210.107.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Yana
Tajuk*:Taklik
Message*:Terima Kasih atas jawapan ustaz..
Tapi, boleh jadi lafaz taklik ke sbb suami tak sebut perkataan cerai atau kaitkan dgn cerai...
Ke ianya hanya larangan semata mata?
File Upload:
Sebarang sebutan yang tidak disebutkan CERAI, tidaklah dianggap taklik.. ugutan mungkin iya...

tk

Visitor IP: 113.210.107.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 19, 2017

Soalan: ingin memohon izin

Nama*:imanina
Tajuk*:ingin memohon izin
Message*:salam saya iman merupakan pelajar pengajian islam usuludin ingin memohon izin tuan untuk menjadikan blog tuan sebagai rujukan assignment munakahat saya. harap tuan mengizinkannya serta menghalalkannya. jika tuan berat hati untuk memberi izin, saya terima jawpan nya dengan seadanya, saya berharap tuan dapat memberi jawapan ke email saya nabilaimanrauf24@gmail.com . maaf menganggu, terima kasih
File Upload:
Salam

Terima kasih atas kesudian saudari menjadikan blog ini sebagai rujukan kajian dalam assigment pengkuliahan.

Saya mohon jika ada pembetulan fakta kes, agar dapat diberitahu kepada saya dan saya mohon diperbetulkan. Maaf, saya bukanlah selayaknya menjawab segala kemusykilan pembaca, sekadar terdaya untuk membantu.

Hasil kajian dan tulisan (analisa) yang dibuat nanti, diharap dapat disisipkan (disampaikan) juga kepada saya.

Terima kasih.

* boleh perkenalkan diri sikit? Universiti mana ya? PM
tk

Visitor IP: 103.16.183.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taqlik

Nama*:Yana
Tajuk*:Taqlik
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya bergaduh dgn suami...
Kemudian suami melarang saya keluar dari rumah.

Ayat suami seperti ini :
"Kau jangan keluar ke pagar depan,keluar dari sliding door boleh".

Saya pun cakap pada suami :"kalau saya nak buang sampah,pergi jalan2,pergi klinik,hantar jemput anak sekolah mcm mana?".

Suami berkata :"pergi dengan abang lar".

Setelah reda, keadaan jadi seperti biasa dimana kadang² saya keluar seorang diri utk ke kedai, buang sampah, ke klinik...
Suami tak marah...

Soalan saya, boleh jatuh talak ke sbb saya tak keluar ke klinik dll dgn suami?
Ayat / larangan suami itu tidak ada ayat/perkataan talak, jadi bagaimana hukumnya?
Mohon jawapan Dari Ustaz
File Upload:
Salam

Kena pastikan daripada suami, adakah dimaksudkan taklik berkenaan hanya terpakai pada hari berkenaan sahaja atau dipakai sepanjang masa. Jika sepanjang masa, maksudnya isteri tidak boleh keluar seperti diarahkan..

Minta penjelasan suami.

tk

Visitor IP: 1.9.102.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 18, 2017

Soalan: keliru

Nama*:wahidah
Tajuk*:keliru
Message*:assalamualaikum ustaz,

sy dan suami bergaduh..sy membuat suami bertambah marah apabila sy buat perkara yang suami tak suka dan sering mendesak suami.. pada suatu hari,suami tak boleh kawal marah dan bertanya pada sy, 'kau nk dengar tak?' 'kau nak dengar ke tak?'suami seakan mahu ckp sesuatu.sy berdiam diri.dan pada sy, suami seakan mahu mcm ckp sesuatu. sy tnya suami maksud suami ckp mcm tu,suami senyum2 dan suami menjawab 'maksud lain apa?' sy sering bertanya soalan yg sama pd suami kerana was2,inginkan kepastian..tp jawapan suami tetap sama.adakah pertanyaan suami itu dikatakan lafaz kinayah yang boleh menjatuhkan talak,ustaz?atau hanya perasaan was2 sy saja?
File Upload:
Salam

Tidaklah ia berkaitan dengan talak.. Talak akan terjadi jika suami secara langsung menyebut lafaz TALAK atau CERAI..

selamat bergaduh lagi... he he.. tk

Visitor IP: 118.100.214.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: JATUH TALAK ATAU TIDAK

Nama*:Sha
Tajuk*:JATUH TALAK ATAU TIDAK
Message*:Baru-baru ini kami bergaduh besar disebabkan salah faham. Untuk pengetahuan, suami seorang yang sangat penyabar dan sedang mendekatkan diri kepada Allah. Saya pula seorang yang panas baran dan kadang kala tanpa sedar saya menghinanya disebabkan dia tidak mampu memberikan kesenangan kepada sy kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Soalan :

Adakah jatuh talak jika suami dalam keadaan marah menyebut "KALAU KAU NAK SANGAT, JOM KE PEJABAT AGAMA"

Terima kasih
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak.. ia sekadar ugutan suami..

selepas ni eloklah kalau puan bergaduh lagi.. kasi marah itu suami.. he he..

tk

Visitor IP: 118.101.201.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Perempuan yg keliru
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Suami=aku dh taknak kau lg dah.kau pergi cari lelaki lg bgus.
File Upload:
Salam, jatuh talaknya jika suami ada berniat untuk cerai.. jika tiada niat cerai, tidaklah terjadinya talak..

tk
Visitor IP: 175.144.195.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 17, 2017

Soalan: Ingin Kepastian

Nama*:azri
Tajuk*:Ingin Kepastian
Message*:Assalamualaikum wbt Ustaz....

Saya ada bercerita pada orang tua saya tentang gangguan yang saya alami...Kemudian saya beritahu pada orang tua saya, bahawa saya pernah terbaca tajuk dalam akhbar tempatan lalu saya menyebut begini "Kerana Gangguan Sihir Rumahtanggaku Musnah".Saya tidak ada niat apa-apa masa menyebut ayat itu.Selepas saya menyebut tajuk akhbar tersebut,saya berkata "Ini Naz (Nama Panggilan Saya).Sebenarnya saya ingin berkata "Ini Naz tak nak berlaku dalam rumahtangga Naz,Naz sayangkan rumahtangga Naz." tetapi ayat saya tergantung hanya "Ini Naz".

Soalan saya Ustaz, Jatuh atau tidak? Saya tidak berniat apa2 pun.....
File Upload:
Salam

Saudara perlu ubati dan ubah penyakit gangguan dalam diri.. ia merosakkan minda dan perlakuan anda..

Ia tiada kaitan dengan talak, kenapa perlu dirisaukan..

tk

Visitor IP: 175.139.130.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:siti
Tajuk*:taklik
Message*:pd 2013 suami telah berlaku curang shingga terlanjur..sy mohon dilepaskan tetapi suami enggan melepaskn.berikutan itu sy menanya apa jaminan dia tidak lg mengulangi perbuatannya. dia tanpa paksaan bersaksikan abg sy melafazkan " sekiranya sy diketahui "main"(berzina) dengan perempuan lain atau mendatangkan kecederaan ke atas awak..jika awak minta dilepaskan sy akan lepaskan"
3tahun berlalu pd awal tahun ini 2017 suami diketahui telah terlanjur sekali lg dan sy ada minta dilepaskan tetapi bkn diketika mula sy mengetahui ttng perkara tersebut.sy minta dilepaskn selang bbrapa minggu setelah itu ketika berlakunya pertengkaran antara kami rentetan dr pkra yg berkaitan dgn keterlanjuran si suami.
persoalannya adakah jatuh talak ke atas sy..utk pengetahuan ustaz/ustazah sy mengandung ketika itu dan kini 16hari dlm keadaan brpantang?..sy ada memujuk suami utk mgesahkan lafaz tersebut di mahkamah.namun masih belum berjaya..mohon pncerahan..jazakallah
File Upload:
Salam

Taklik itu memang berstrategi.. bagus suami puan ni..

Jika isteri minta cerai, barulah suami AKAN ceraikan, maksudnya di sini suami masih ada pilihan sama ada hendak cerai atau tidak..

So taklik ini tergantung kepada kehendak suami sama ada dia nak cerai atau tidak.. Jika dia tak ceraikan puan, maka tidaklah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 115.164.88.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 16, 2017

Soalan: Status Suami Isteri

Nama*:Qhairul
Tajuk*:Status Suami Isteri
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Mohon maaf saya ingin bertanya mengenai kemusykilan yang saya alami.

Saya dan isteri sedang mengalami masalah rumahtangga dan isteri memohon penceraian. Dalam kusut memikirkan masalah yang sedang di alami, saya berikhtiar melakukan solat istikharah memohon bantuan dari Allah SWT jika penceraian adalah langkah yang terbaik.

Dalam solat istikharah, terdapat doa yang dibacakan yang bermaksud seakan ".....jikalau dalam ilmuMU, urusan aku ini (menyebut masalah dihadapi)...adalah baik untuk agamaku, kehidupanku....".

Persoalan saya adalah, adakah jatuh talak jika semasa berdoa itu saya menyebut seperti berikut ".....jikalau dalam ilmuMU, urusan aku ini iaitu penceraian antara aku dan isteri , Si Folan Bt Si Folan adalah baik untuk agamaku, kehidupanku....." ?

Mohon bantuan Ustaz akan status perkataan yang saya lafazkan semasa berdoa itu? Adakah terjatuh talak antara saya dan isteri?
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak.. Talak hanya terjadi setelah suami benar-benar melafazkan cerainya..

tk

Visitor IP: 103.245.88.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 14, 2017

Soalan: Zihar

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Zihar
Message*:Salam ustaz...
maybe topik ni dah banayak kali dibincangkan, namun kali ini berlaku ke atas diri saya sendiri
Saya ada kemusykilan yang benar-benar merungsingkan benak saya...Saya dengan tidak sengaja telah menyamakan buah dada isteri saya dengan buah dada ibu saya...Adakah jatuh telah terjatuh hukum zihar di atas tindakan saya itu ? Banyak forum yang saya baca cenderung menyatakan bahawa zihar telah berlaku akibat kata-kata saya itu..Namun ada juga yang menyatakan bahawa zihar hanya berlaku jika kita menyamakan bahagian-bahagian tyang haram dilihat pada mahram kita, maka timbul pula persoalan setakat mana aurat wanita kepada mahram mereka ?.. ada yang menyatakan dari dada hingga lutut dan ada yang menyatakan dari pusat hingga lutut.. saya keliru...

Harap dapat selesaikan kekliruan saya dan sekiranya zihar telah berlaku.. bagaimanakah caranya untuk saya membayar "denda" zihar tersebut ?
File Upload:
Salam

Zihar terjadi dengan adanya NIAT untuk berzihar yakni niat membenci dan merendahkan status isteri..

Pada kes ini, tiada niat suami untuk merendahkan isterinya, maka tidaklah ia dikira berzihar.

tk

Visitor IP: 113.210.73.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah disabit Zihar??

Nama*:Safina
Tajuk*:Adakah disabit Zihar??
Message*:Assalamualaikum ustaz...

Saya ada beritahu suami yang makciknya ada melihat payudara saya...dan kami pun senyum..makcik cakap payudara saya kecil.
Kemudian suami pun berkata:
Suami : alar sama je.
Saya : eh abang ni, mana boleh samakan macam tu...takut terjadi zihar.
Suami : tak, maksud abang ia sama lar...
Saya : maksud abang semua perempuan ada yer
Suami : haa... Maksud abang macam tu...cuma beza saiz dan bentuk..
Saya : abang bermaksud atau niat zihar ke?
Suami : tak lar...tak ada fikir sampai macam tu pun...
Saya : abang jangan main main, itu makcik abang & abang samakan payudara saya dengan payudara makcik abang. Boleh terjadi zihar
Suami : zihar kalau samakan dengan ibu..ni makcik
Saya : bukan, zihar boleh terjadi kalau kita samakan isteri dengan wanita yang haram dinikahi...

Soalan saya :
Situasi diatas boleh disabit terjadinya zihar ke ?
Kalau tak ada niat / tidak terfikir pun ke arah zihar, boleh terjadi zihar juga ke?
Risau dan rungsing memikirkannya.
Mohon bantu saya ustaz sebab selepas kejadian tu, saya dan suami​ ada berjimak...
File Upload:
Salam

Ia telah dijawab sebelumnya..

Ia tidak zihar kerana zihar terjadi dengan adanya NIAT untuk membenci isteri..

tk

Visitor IP: 113.210.73.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 12, 2017

Soalan: kalau kau keluar kau bukan bini aku

Nama*:lina
Tajuk*:kalau kau keluar kau bukan bini aku
Message*:saya ade skit pertengkaran dengan suami sy. dalam pada itu sy nk keluar. dia kate 'kalau kau keluar kau bukan bini aku'. sy keluar pada hari itu. adakah jatuh talak. sy bertanya kepada dia adakah dia berniat utk ceraikn sy. dia kate tidak. dia mengugut sy supaya sy jgn keluar patuh ckp dia.
lg satu persoalan adakah taklik contoh kalau kau keluar jatuh talak. kmudian dia pg mahkamah dan rujuk. taklik tu masih ade lg atau batal setelah bercerai dan rujuk semula
File Upload:
Salam

Pengakuan suami adalah benar dan diakui. Suami tiada niat untuk taklik cerai, maka ia tidaklah terjadinya talak.

Setelah talak itu terjaduh dengan sebab melanggar larangan taklik, suami kembali merujuk kepada isterinya, maka taklik yang terdahulu adalah terbatal..

tk

Visitor IP: 103.1.71.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:zul haikal
Tajuk*:Taklik
Message*:Assalamualaikum Ustaz..maaf menganggu..saya ada sedikit kemusykilan..di harap ustaz dapat membantu. Ianya berkenaan dengan taklik..Ustaz, berdasarkan analogi/ situasi di bawah adakah sudah jatuh talak terhadap isteri;
Si suami seorang yang panas baran. Pada suatu malam si isteri menasihatkan si suami supaya mengaji. Si suami marah dan tidak mahu mengaji lalu berkata dengan jelas dan didengari oleh isteri.. "Kalau aku mengaji al-Quran malam ini , maka akan jatuh talak 1 terhadap kamu.."

Maksud si suami dengan lafaz "mengaji" tersebut ialah, membuka al-Quran yang sebenar (BUKAN naskhah lain) dan mengaji/ membacanya seperti biasa. Selepas itu (pada waktu malam tersebut jugak), si anak telah meminta ayahnya (si suami tadi) untuk mengajarnya mengaji/ membaca teknik pembelajaran al-Quran melalui buku panduan IQRA' pra persekolahan. Maka, si suami pun mengajar anaknya mengaji/ membaca buku IQRA' tersebut. Soalan saya, adakah jatuh talak ustaz ke atas isterinya dengan tindakan suami yang mengajar anaknya belajar mengaji/ membaca al-Quran melalui buku IQRA' tesebut ustaz?
File Upload:
Salam

Taklik itu mengikut apa yang diniatkan suami.. Jika suami maksudkan dengan mengaji itu ialah dia yang mengaji sendiri, maka itulah kehendak dan larangan taklik. Tapi bila dia kena ajar anak mengaji, itu dikira tidak termasuk dalam larangan taklik.. tidaklah terjadinya taklik..

Sang suami tu pun.. tak kanlah mengaji nak dikaitkan dengan talak,,, sungguh tak patut sebegitu..

tk

Visitor IP: 60.51.77.184

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..sy bertya...sebelum nie sy pernah lafaz talak pada isteri...kemudian sy rujuk balik selepas seminggu..tanpa hadir ke mahkamah..selepas tu beberapa thn..sy mengetahui..isteri sy ade hubungan dengan kawan sy sendiri..saya bagi isteri saya..jika ada hubungan lagi...1 talak 1...2thn kemudian sy...dapat tahu mereka ade hubungan...sy terus keluar dari rumah...dan berjumpa dengan kawan saya..die mengaku memang ada hubungan dan sanggup berkahwin dengan isteri sy jika saya ceraikan....kemudian sy ajak isteri sy kerumah adik nya...sekali lagi sy lafazkan....sy ingin bertya...dah berapa talak yg sy lafazkan..dan dayus k sy...jika sy kembali kepada nya...jika demi anak2...
File Upload:
Salam

Suami kena bilang sendiri lah talaknya.. maaf ye... saya tak terikut dengan cerita ini..

tk

Visitor IP: 123.136.111.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Gangguan talak

Nama*:Mizi klang
Tajuk*:Gangguan talak
Message*:Aslm ustaz, saya ada masalah, saya apabila memikir sesuatu benda selalunya akan teringat berhari hari. Adakalanya terikut rikut dengan percakapan. Satu ketika saya pernah memikir isu penceraian. Perkataan itu kerap melintas dalam kepala saya. bila saya duduk sorang akan teringat perkataan itu walaupun saya tidak berniat cerai. Satu hari saya ada melafazkan perkataan yang saya kerap mengganggu fikiran saya. Lafaz itu jelas yg boleh menjatuhkan talak kepada isteri tetapi saya tidak berkehendakkan demikian. Saya jadi tak keruan. Memang saya tidak berniat untuk penceraian. Bantulah saya ustaz. Perlukah saya ke pejabat agama? Saya juga risau manakan tahu ada lintasan niat masa saya melafazkan itu.
File Upload:
Salam

Gangguan seperti ini usah dilayan.. Saudara kena ubah dan menjadi lebih kuat, yakin dan konsisten dengan ilmu yang ada.

Ia tidaklah menjatuhkan talak selagi mana suami tidak melafazkan secara terang dan jelas.

tk

Visitor IP: 183.171.65.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 11, 2017

Soalan: Lafaz Cerai

Nama*:Hamba Allah 2017
Tajuk*:Lafaz Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Suami berkata kpd isterinya bahawa selepas lahir nya kandungan isterinya maka dia ceraikan isterinya dan Isterinya bersetuju.

Soalan sy, ada kah talak telah jatuh?
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak sehinggalah suami melafazkan talak setelah kelahiran berkenaan..

Bagusnya suami isteri ini.. siap buat tarikh nak cerai lagi.. Udah la tu.. berdamailah untuk masa depan anak-anak dan keluarga... tk

Visitor IP: 43.252.233.1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin penjelasan 2

Nama*:abd wahid
Tajuk*:ingin penjelasan 2
Message*:asalamualaikum tuan,
maaf sebab beri soalan yang mengelirukan.
1. maksud saya suami bercerita/berbicara bersendirian tentang lafaz talak untuk contoh kepada diri sendiri. tiada niat untuk penceraian.

2. menceritakan lafaz talak kepada isteri atau orang lain tanpa maksud penceraian

ada tambahan soalan jika tidak keberatan..
3. jatuhkah talak bg pelakon yang melakonkan watak orang bercerai (lafaz jelas) semata mata mengikut skrip.

wslm. terima kasih.
File Upload:
Salam

ketiga-tiga kes di atas tidaklah menjatuhkan talak.. Ibarat pak ustaz berceramah di masjid soal talak, dan dia sebutkan talak satu..tetapi ia tidak ditujukan kepada isterinya, maka tiadalah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 183.78.62.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: balehkah batalkan talik

Nama*:anis
Tajuk*:balehkah batalkan talik
Message*:saya dan suami saya bergaduh... suami saya memberi syarat jika kamu bergurau memukul kepada aku lagi, kita berdua tiada apa- apa hubungan lagi dan saya pun ye...dan selepas itu saya tanya suami saya adakah dia berniat untuk menberi syarat tersebut dia cakap tiada niat ...saya mohon bagaimanakah cara untuk membatalkan talik atau syarat tersebut.
tq
File Upload:
Salam

Pada saya, ungakapan di atas tidaklah dikira taklik talak kerana ia tidak disebut TALAK atau CERAI pada ungkapan tersebut.

Taklik biasanya tidak boleh ditarik balik.
tk

Visitor IP: 123.136.106.56

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 10, 2017

Soalan: Adakah Jatuh Talak

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz ..

Saya ada berkata kepada isteri 'aku nak tinggalkan awak' , 'jom berpisah' tujuan untuk mengugut isteri supaya menghormati saya sebagai suami dan keluarga saya tapi dia masih tak ambil kisah. kalau boleh saya tak mahu rumahtangga kami musnah sebab saya sayangkan anak yang masih kecil...

Minggu lepas saya ada menyebut "aku nak lepaskan awak" tujuan adalah supaya dia berubah juga.. TAPI dalam masa yang sama ada niat di hati nak ceraikan dia... Dalam sebulan dua ni juga saya asyik fikir nak bercerai saja dengan dia sebab dah tak boleh sabar lagi.

Dua tiga hari ni saya terigat semula apa yang saya sebut itu, saya was-was dan muskil dengan apa yang saya sebut itu..

Adakah jatuh talak begitu? Kerana ada lintasan hati menyambung selepas saya ucap.

Sekian, mohon penjelasan.
File Upload:
Salam

Jika perkataan suami, aku NAK lepaskan awak; perkataan NAK di sini masih tidak langsung menjatuhkan talak kerana ia masih dalam bentuk PILIHAN..

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak, jika dikaitkan dengan niat pula, ia masih ada keraguan di situ.

tk

Visitor IP: 1.9.139.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 8, 2017

Soalan: ingin penjelasan

Nama*:abd wahid
Tajuk*:ingin penjelasan
Message*:aslm tuan,
1. jatuhkah talak apabila sisuami melafazkan lafaz jelas dan terang yang perkataannya dan perbuatannya ditujukan kepada isteri tetapi dengan niat untuk memahami/ bercerita tentang talak kepada diri sendiri. talak itu tidak di niatkan untuk isteri sendiri, tiada qasad untuk berpisah, tiada perasaan bergurau dan tiada perasaan marah kepada isteri . hanya sebagai rujukan untuk pemahaman diri sendiri tentang lafaz talak.
2. situasi yang sama seperti diatas. tetapi menceritakan situasi diatas kepada isteri atau orang lain.
wslm
File Upload:
Salam

Maaf, saya kurang jelas dengan persoalan ini..

tk

Visitor IP: 60.50.79.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dayus

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Dayus
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanya...isteri sy ade hubungan dengan kawan sy sendiri...saya telah bertanya sendri dengan kawan sy...die mengaku ade berjumpa dengan isteri sy...dan sanggup berkhawin dgn isteri jika sy ceraikan isteri sy...sy telah melafazkan talak kepada isteri...dayus ke sy jika sy kembali rujuk kepadanya demi anak2...kerana anak2 tidak mendengar kata isteri sy...ape yg harus sy buat sekarang ustaz...lagi pun isteri saya suka mengguna ilmu hitam kepada sy...keluarga sy memang tidak boleh merima isteri sy lagi...dayus ke saya dan medehaka ke sy kepada ibubapa sy...harap ustaz dapat memberi pendapat...
File Upload:
Salam

Yang mencari kebahagiaan itu ialah suami dan isteri. Suami berusaha membahagiakan rumah tangganya dengan cara yang terbaik dan halal, manakala isteri yang mahukan kebahagiaan, mereka rela berkorban dan sanggup menghadapi situasi yang bagaimana sekalipun..

Dalam kes ini, isteri didapati melakukan perbuatan sumbang, maka seeloknya (jika benar begitu) suami melepaskan dia pergi. Jika isteri bertaubat dan sedar kesalahannya, serta ingin kembali kepada suami, maka perkara itu adalah yang terbaik diterima kembali..

Tetapi jika isteri tiada kekesalan dan tiada taubatnya, bererti dia tidak pernah risaukan dosa pahala dan tidaklah perlu diambil kembali sebagai isteri..

Usah dirisaukan soal dayus di sini.. Utamakan kebahagiaan suami isteri dan anak-anak dahulu.

tk

Visitor IP: 123.136.106.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 7, 2017

Soalan: status

Nama*:siti
Tajuk*:status
Message*:assalamualaikum...mohon penjelasan
kalau suami sebut ko nak cerai kan,cerai la...
so jatuh tak talak sebab suami yang cakap
File Upload:
Salam.

Ia tidak menjatuhkan talak lagi..sebab di sini suami memberi pilihan kepada isteri.. lafaz talak itu masih tergantung..

tk

Visitor IP: 1.32.74.170

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 6, 2017

Soalan: Lafaz taklik

Nama*:Wan
Tajuk*:Lafaz taklik
Message*:Email : kekkubin77@gmail.com

Salam ustaz,

Akibat tidak tahan dgn perangai saya, isteri saya meminta saya membuat satu lafaz takliq jika masih mau bersamanya. Secara ringkasnya dalam lafaz itu akan gugur talak 1 sekiranya saya melakukan perkara2 seperti berjudi, berzina, hisap dadah, melupuskan harta isteri da sebagainya. Taklik ini suudah lama. Masalahnya saya mcm was2 sama ada saya pernah langgar atau tidak taklik ini. Apa yang saya perlu lakukan sekiranya saya melanggar taklik ini. Perlukah saya merujuk ke mahkamah atau mcm mana. Tolong bantu. Terima kasih banyak2
File Upload:
Salam

Lafaz taklik hendaklah jelas dan terang maksud dan maknanya. Ia perlu ditulis sebagai rujukan jika ada masalah berikutnya.

Jika benar taklik itu dilafazkan suami, suami kena pastikan tiada pelanggaran taklik dibuat lagi selepas itu. Jika tidak ia akan menjatuhkan talak.

Dalam kes ini, jika ragu-ragu atau tidak pasti, ia masih dikira tidak terjadinya taklik. Sehinggalah suami pasti dia melanggar taklik, maka terjadilah talak.

tk

Visitor IP: 113.210.100.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 5, 2017

Soalan: talak kias

Nama*:fitri
Tajuk*:talak kias
Message*:assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya tentang talak kias.

saya pernah melakukan perkara yg tidak sepatutnya saya lakukan sebagai seorang suami. saya mewujudkan 1 account facebook untuk tujuan suka2..dalam fb tersebut status saya single. adakah dengan meletakkan status tersebut @ mengaku dgn org lain mngatakan diri saya ni single sudah jatuh talak pada isteri sy.

mohon pencerahan ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak, kerana tiada lafaz talak yg dikeluarkan oleh suami..

Tak baik menipu.. suka-suka nak kacau orang, tak baik..

tk

Visitor IP: 203.106.151.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah ke tidak lafaz cerai suami

Nama*:Insan hinA
Tajuk*:sah ke tidak lafaz cerai suami
Message*:Assalamualaikum ustaz. Ustaz, suami saya pernah melafazkan "aku ceraikan engkau" dalam keadaan Marah terhadap Saya depan 3 orang sahabatnya. Puncanya kerana dia marah apabila saya bertanya tentang hubungan sulitnya dengan kekasih haramnya. Mohon penjelasan ustaz kerana saya masih keliru.
File Upload:
Salam

Jika benar suami melafazkan cerai seperti di atas, maka terjadilah talak. Ia lebih yakin dengan adanya saksi dengan sahabat tadi..

Sila bawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

tk

Visitor IP: 115.164.181.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Nafkah Suami

Nama*:Noor
Tajuk*:Nafkah Suami
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Saya sudah mendirikan rumah tangga 3tahun lebih.
Masa awal perkahwinan, suami ada berkerja. Selepas itu dia berhenti berkerja, dalam tempoh 7 bulan juga dia menganggur. Selama dia menggangur saya yang menampung semua perbelanjaan keluarga kami. Kami tinggal bersama keluarga suami.
Masa saya mengandung, suami ada mendapat pekerjaan. Tapi tidak lama, cuma 3bulan sahaja. Selepas itu dia tidak berkerja, dari masa saya dalam pantang sehingga ke hari ini anak saya hampir setahun bulan depan. Kami kerap mengalami masalah kewangan, selalu bergaduh depan anak. Saya memang tidak boleh mengawal perasaan marah saya, sebab semua benda jatuh atas bahu saya, sedangkan dia duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Dari mengemas rumah, basuh baju, cari nafkah saya yang tanggung. Suami ada juga menolong kerja rumah, itu pun ikut mood dan kena suruh.
Saya rasa dah tak larat nak tanggung semua ini. Saya rasa macam nak minta cerai dari suami. Sayang memang sayang, tapi bila fikirkan balik, sampai bila saya harus mengadap semua ini. Apa yang saya harus lakukan sekarang.
File Upload:
Salam

Elok dibawa kes ini ke pihak kaunseling dahulu. Mintalah nasihat mereka.

Kalau cerai pun, tak ke mana juga.. suami akan datang minta duit juga... itulah perangai orang malas...

Kalau sudah tidak tahan dengan sikap suami, boleh juga buat tebus talak. Tapi semua itu kena berurusan dengan pejabat agama.

tk

Visitor IP: 175.143.16.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 4, 2017

Soalan: Keliru

Nama*:Siti
Tajuk*:Keliru
Message*:Saya bergaduh besar dgn suami saya sebab dia mempunyai hubungan dengan wanita lain..masa tu sy ada mohon cerai tapi suami senyap je.. satu hari saya msg dia berkali2 minta sijil nikah dan surat beranak untuk permohonan cerai..esoknya suami saya menyerahkan sijil nikah dan surat beranak anak atas alasan saya yg minta.. paginya saya kejut dia dr tido dan bertanya semula adakah abang setuju... masa tu dia jawab ikut sayang..esoknya saya rasa muhasabah diri maka tidak jadi untuk menghantar permohonan.. adakah saya dan suami saya masih sah.. saya ada bertanya pada suami saya samaada dia ada niat ke untuk berpisah dengan saya..dia kata tiada sebarang niat dan tindakan ke arah itu..semuanya tindakan saya sendiri..mohon pencerahan..
File Upload:
Salam

Selagi suami tidak melafazkan talak, tidaklah terjadinya cerai.

Cerai itu haknya suami..

tk

Visitor IP: 202.188.42.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak tak

Nama*:nor
Tajuk*:Jatuh talak tak
Message*:saya bergaduh dengan suami..dalam keadaan marah dia cakap pada saya "nanti aku hantar ko balik rumah mak " dan "aku ambik cara elok aku pulang cara elok" soalan nya jatuh talak tak? dalam keadaan waras dia sy tanya ada niat ke tak..dia cakap tak niat pun sbb geram sgt pada saya...macam mana ustaz kena pergi pejabat agama ke tak buat pengesahan?
File Upload:
Salam

Jika dijelaskan suami ia tidak niat cerai pada lafaz berkenaan, maka tidaklah terjadinya talak. TIada talak pada kes ini..

tk

Visitor IP: 60.49.73.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA