Tuesday, April 19, 2016

Soalan: Was was

Nama*:Hadi
Tajuk*:Was was
Message*:Salam ustaz, sy dah hampir 4 bulan dh x was2..melalui blog ustaz ni makin lame dpt membantu sy tambahkan keyakinan..tp dlm mggu ni mcm nk dtg balik keraguan ni disebabkan byk sngt gangguan dan tekanan kerja..jd fikiran serabut campur emosi. Selalu berlaku lintasan,ingatan, dorongan dan bercakap dlm hati..kadang2 terasa mcm lidah gerak..mcm2 la terutama waktu pg ketika tidur bersama anak dan isteri..mcm mana nk kawal ustaz?? Penat dah hari2 fikir..tiap2 hari sy amalkan bc 3 kul supaya dijauhkan gangguan..gangguan same je dtg..buat sy ragu2 sebut ke x..ke lintasan je..serabut sy..kalau sy buat bodo je mcm mane ustaz??bia je la fikiran berlalu..x jejas ape2 kn ustaz?? Mcm mane bile terase je mcm sebut sy buat x tau je..sbb bile sy buat xtau je mule la ade fikiran eh kau x boleh biarkan je,kene fikir lg ni..mohon nasihat dr ustaz..hati sy mmg langsung xde niat jahat..fikiran je mri x henti2
File Upload:

Salam

Sdr perlu punyai keyakinan diri yang kuat.. Nak bina keyakinan kena ada ilmu. Ilmu ttg hukum hakam yang saheh membantu utk bina keyakinan diri.

Was-was itu penyakit.. Ubatilah dan rawatilah dia sebaiknya.

Seperkara lagi, jangan dilayan sebarang lintasan. Biarkan dia berlalu. Kita hanya buat apa yang kita buat dan kita yakin dengan apa yang kita buat.. sekadar lintasan dan gangguan, tidak berguna..

Jadilah seperti manusia lain yang sihat dan tidak terpengaruh dengan was-was..

tk


Visitor IP: 124.82.102.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA