Tuesday, April 12, 2016

Soalan: Mohon pencerahan

Nama*:Dunia Sementara
Tajuk*:Mohon pencerahan
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Saya mempunyai seorang kawan yang baru memeluk agama islam (muallaf) dan sedang mendalami ilmu agama. Dia kerap bertanya soalan tentang hal perkahwinan. Ada beberapa soalan drpd dia yang saya tidak dapat menjawab (kerana soalan dia agak pelik). Oleh itu, saya merujuk kepada ustaz beberapa persoalan 'pelik' beliau dan di harap ustaz dapat memberi pencerahan.

#Soalan beliau kepada saya; Adakah wujud istilah 'PERBUATAN KINAYAH' seperti lafaz kinayah dalam penceraian/talak? Contohnya;

1) Selepas bergaduh, si suami menghantar isterinya ke rumah ibu bapa mertuanya dan dalam masa yang sama BERNIAT DALAM HATI yang dia ceraikan isterinya. Maksudnya dia sandarkan/ wakilkan perbuatan menghantar isteri ke rumah mertuanya tersebut dengan niat cerai dalam hati TANPA melafaz apa2 kalimah penceraian kepada isterinya, cuma dalam HATI sahaja. Adakah jatuh talak ustaz?

2) Soalan hampir sama, suami telah menampar muka isteri ketika bergaduh dan berniat ceraikan isterinya dalam HATI ketika menampar isteri tanpa sebarang lafaz. Suami berkata/BERNIAT DALAM HATI, "Aku cerai isteri aku dengan perbuatan menampar ini" Adakah jatuh talak dengan perbuatan menampar tersebut?

3) Soalan ketiga dia tanya saya, dalam perceraian; Adakah jatuh talak jika...Suami niat cerai dalam HATI terhadap isterinya dan menyandarkan/ mewakilkan niat cerai tersebut dengan perbuatan yang tiada kaitan dengan perceraian. Contohnya, suami niat cerai dalam HATI terhadap isterinya ketika membuka suis lampu (suami sandarkan niat cerai dalam HATI kepada perbuatan buka suis lampu). Adakah perbuatan membuka suis lampu itu menyebabkan jatuh talak?

Diharap ustaz sudi memberi percerahan terhadap persoalan ini. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz kinayah adalah lafaz simbolik yang tidak jelas yang menunjukkan ke arah perceraian. Oleh itu lafaz kinayah perlukan niat atau maksud tujuan yang pasti bahawa dia mahu menceraikan isterinya.

Pada kes menghantar isteri balik ke rumah, tanpa disebut pun lafaz kinayah dengan niatnya CERAI, maka akan terjadilah talak.

Saya mohon maaf, perkara yang lain itu tidak dapat saya jawab.. saya kurang arif.

tk

Visitor IP: 113.210.182.138

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA