Nama*: | S.J |
Tajuk*: | Suami berzina bersama janda |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Saya adalah seorang isteri. Saya banyak dehaka pada suami. Saya tidak menjaga makan minum suami kerana selalu penat bekerja. Suami saya pula jarang pergi kerja. Selalu tukar tukar kerja dan berhenti. Sikap suami yang "pemalas" ini membuat saya hilang hormat padanya. Saya selalu memarahi, meninggikan suara dan tidak menjaga makan minum suami. Tetapi hakikatnya, saya sayangkan suami cuma kurang luahkan keharmonian kami bila masa bersama. Sudah agak lama cara ini berulangan. Kami sudah pun mempunyai 3 orang anak (2 anak dari perkahwinan pertama suami, dan seorang anak perempuan bersama saya) Akhir-akhir ini, sikap suami berubah sepenuhnya. Dia semakin suka keluar bersendirian, manakala dahulunya dia mesti ajak saya keluar bersama. Dia juga jadi panas baran dan menuduh saya yang bukan bukan. Dia selalu asyik mencari kesilapan saya. Pada suatu hari, tergerak hati untuk cari tahu mengapa jadi begitu. Saya selongkar social media nya. Saya dapat tahu dia sudah pun berzina dan sedang menjalinkan hububgan dengan seorang janda. Saya sayangkan suami saya, sayangkan anak-anak kami. Saya terus memaaf kan suami dan janda tersebut, dengan harapan mereka berdua insaf dan menyesal dengan perkara terkutuk itu. Walaupun suami dengan rela mengatakan kalau saya mahukan perpisahan. Saya kata saya tak sanggup kehilangan suami. Saya memaafan nya dengan segara dan menyalahkan diri saya sendiri kerana tidak menjaga suami dari awal. Apakah harus saya lakukan. Suami semacam malas nak layan saya. Saya buntu. Saya tidak mahukan penceraian. Tolong saya, ustaz. Saya sedih sangat nak tanggung ini semua. |
File Upload: |
Maafkan saya, lelaki kalau sudah biasa makan luar, dia susah nak lepas.. Biar macam mana pun, tetap mahu cari makan kat luar tu... dosa tetap dosa, tetapi nafsu yg tidak terkawal akan terus tewas juga...
Puan cubalah bawa suami dan keluarga ke arah yang lebih baik, carikan punca hidayah, carikan amal yang boleh membantu menguatkan iman dan Islam dalam keluarga. Hanya agama dan kekuatan amal boleh merubah perangai lelaki dan mengembalikan dia ke pangkuan keluarga.
Puan sendiri perlu membina keperibadian dan penampilan yang baik sebagai isteri. Suami suka diberlai dan dimanja, suami nak makan sedap sebagaimana dia makan kat luar...
Kembalilah kepada Allah, Allah sedia membantu hambanya.
tk
Visitor IP: 183.90.37.234
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.