Nama*: | nur |
Tajuk*: | musykil dgn status cerai |
Message*: | AsSalam. Ustaz, saya ada masalah bab cerai, saya bimbang telah bercerai talak 3, saya bertanya pd suami, suami tidak dapat menjawab, saya meminta dia ingat berapa kali dia telah melafaz cerai pd saya, dia jawab tidak dpt menjawab.. 2. Saya dan suami hadapi masalah kewangan yg amat berat, menyebabkan suami menjadi bengis, marah yang melampau, sering bertengkar, sampai suami kata, nak cerai dah dgn mu, tapi suami saya cepat marahnya dan cepat. sejuknya, mlmnya dia nak bersetubuh, tapi saya tak sanggup kerana merasakan telah jatuh talak. Suami jawab dia kata dia tak 'lafaz'. 3. Saya terbaca msj suami pada ayahnya, yg berbunyi AllahhuAkbar, terlafaz cerai pd isteri talak 1. Tp saya tak pasti hal ini, samaada suami ada berbuat demikian.i, Bagi dia kami masih lagi suami isteri. Bagi saya mungkin kami dah bercerai talak 3 & tidak boleh ruju lg. Kata2 nak bercerai disebut slepas dia dalam keadaan amat marah, dan tertekan dgn masalah kewangan. Kami masing2 sygkn perkahwinan ini dan anak2 yg masih kecil. adakah kami masih lagi suami isteri yg sah? Krn bimbang berlaku perkara yg dimurkai Allah yg boleh menghapuskan amal ibadah. Semoga ustaz dpt merungkaikan permasalahan saya ini. Terima kasih. |
File Upload: |
Saya tidak pasti berapa kali suami puan melafazkan cerai. Dan tidak dijelaskan kes yang boleh menunjukkan suami puan menceraikan puan.
Oleh itu, saya nasihatkan puan agar membawa suami ke pejabat agama bagi mendapatkan penjelasan dan pendidikan ttg talak dan cerai. Elok dibawa ke sana bagi mendapatkan sedikit maklumat dan ilmu ttg cerai dan nikah kahwin ini.
Jika benar dia melafazkan cerai; eg ; aku ceraikan kamu; maka layaklah ia telah terjadinya talak satu ke atas puan.
tk
Visitor IP: 123.136.107.86
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.