Sunday, April 10, 2016

Soalan: Lafaznya talak

Nama*:nana amat
Tajuk*:Lafaznya talak
Message*:Assalammualaikum w.b.t Ustaz,

Saya dan suami telah bertengkar dan dalam kekalutan pergaduhan itu, apa yang saya dengar hanyalah, "Aku ceraikan kau dengan talak satu".
Maka saya kata kalau kau dah ceraikan aku, ada baiknya aku tinggalkan rumah ni. Lalu suami berkata, "Kau tak faham ke apa yang aku cakap? Aku kata kalau kau keluar rumah ni, Aku ceraikan kau"
Pada masa itu, saya memang ingin keluar apabila saya dengar apa yang diperkatakan. Namun suami saya tak memberikan kunci kereta atau motorsikal pada saya kerana dia sendiri yang telah menyorokkannya dengan sengaja.

Jadi adakah jatuh lafaz tersebut?
File Upload:
Salam

Pada saya, pengakuan suami adalah benar dan perlu diterima. Jika ia menyebut ttg taklik; keluar rumah jatuh talak satu.. maka ia terjadilah taklik. Isteri tidak boleh keluar rumah, jika keluar akan terjatuhnya talak.

CUma lafaz itu adakah dihadkan pada masa itu sahaja atau tiada sempadan waktu.. Jika dihadkan oleh suami pada ketika itu sahaja, puan selamat.. jika tidak dihadkan waktu ketika suami sebut lafaz taklik itu, bererti puan tidak boleh keluar rumah sampai bila-bila.

Minta penjelasan drp suami.

tk

Visitor IP: 115.133.254.22

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA