Saturday, April 30, 2016

Soalan: Rumahtangga

Nama*:Amanda
Tajuk*:Rumahtangga
Message*:Salam,

Saya telah 3 tahun berkahwin dengan seorang lelaki bukan atas dasar cinta sebenar. Saya yakin akan kehebatan cinta selepas nikah itu lebih baik.

Malangnya, selepas setahun perkahwinan saya menjadi hambar di tambah lagi hubungan yang kurang baik dengan mertua saya. Saya sudah mencuba menjadi seorang isteri yang baik namun semakin lama saya tidak merasakan kebahagiaan dalam perkahwinan saya.Kurang berkomunikasi sehingga tiada tempat untuk saya bercerita, tiada nafsu ketika bersama sehingga hampir dua tahun saya tidak melakukan hubungan suami isteri dengan suami saya. Tidak menghiraukan hati dan perasaan masing-masing.

Saya sudah mencuba bawa berbincang dengan suami saya, malah saya pernah mengugut untuk menuntut cerai kerana saya takut dosa derhaka terhadap suami.

Apakah saya perlu meneruskan perjalanan rumahtangga saya?

Adakah berdosa saya ustaz jika menuntut cerai dengan alasan tidak bahagia dan tidak dapat menjalankan tangungjawab sebagai isteri?
File Upload:
Salam

Jika tiada jalan untuk mencapai kebahagiaan, perceraian adalah jalan keluar yang terbaik. Cerai dibenarkan dengan alasan yang syarie.. menuntut cerai juga dibenarkan atas alasan yang syarie yakni munasabah..

tk

Visitor IP: 175.145.61.244

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA