Saturday, April 23, 2016

Soalan: Jatuh ka talak?

Nama*:Nana
Tajuk*:Jatuh ka talak?
Message*:Salam ust sy pun ingin bertanya,

Soalan: jatuh ka talak?

1. Saya gaduh dgn suami dan memaksa dia ceraikan sy, sy paksa dia ceraikan sy. Selepas tu dia tulis kat dlm fon " saya menunaikan apa yg diminta oleh "nama sy" saat nota ini ditulis. Tapi bila ditanya dia kata dia langsung xda niat,kecuali nak hentikan suara sy yg semakin kuat n memksa utk meminta cerai.

2. Saya ada menghalang dia bergaul dgn kawan2nya. Kwn2nya terlibat dgn jual beli dadah(dlm kuantiti kecil). Tapi memandangkan kwn ni kwn rapat Suami, dia selalu menolong dr segi menjaga keselamatan kwnnya dr pihak polis(tndkn ni mmg slh) smbil dia ttp nasihatkn kwnnya utk berhenti. Tapi yg sy risau n x puas hati, kdg2 kwnnya minta Suami pass brg tu kpd org lain. Sbb xnak perkara buruk berlaku Pd suami, sy ckp, klu dia terlibat dgn apa2 urusan pass 'brg' ke atau apa2 yg bkaitan dgn 'brg' tu akan jatuh talak n Suami setuju. Slps bbrp ketika, sy terbaca mesej d hp Suami yg dia masih mengambil tahu akan perniagaan kwnnya tu. Bila sy tya smada dia masih terlibat, dia kata dia x pass brg pun, dia just nak tahu kwnnya berhubung dgn siapa utk brg tu smbil masih lg menasihati kwnna tu. Dan dia kata dia sgka apa yg sy mksdkn adalah jgn Tolong kwn dia utk berurusniaga, bukan mengambil tahu akn Hal kwnnya n businessnya sperti yg sy maksudkn. Adakah keadaan ni menjatuhkn talak?

3. Sy n suami bergaduh n sy suruh dia kuar atau sy yg kluar drp rmh tgh2 mlm buta, tp slps tu sy ckp, klu dia keluar dr pintu tu mknanya dia ceraikan sy. Then, dia ckp, "ok itu yg awak nak kan" dan terus keluar.. Mcm ni jatuh talak jgk ka?

Sy tahu byk atas kesilapan sy yg xpandi kawal emosi. Tolong sy ust. Urgent ust.. Terima kasih ust atas jawapan ust
File Upload:
Salam

Puan, belajarlah kawal emosi. Usah diikut nafsu muda yang cepat baran, cepat marah. Berfikirlah dan bertenanglah.. Ubahlah gaya hidup bermewahan atau 'nak tunjuk hebat', belajarlah bersederhana dan bersyukur. Dekati Allah dan dampingi al-Quran selalu...

1. Jika suami tulis seperti itu, bermakna dia menyetujui apa yang isteri minta; minta diceraikan. Pada saya, ia telah menjatuhkan talak. Jika benar suami tiada niat cerai, sekadar untuk menghentikan kemarahan isteri, ia masih boleh diambil kira seabgai strategi dan ia tidak menjatuhkan talak. Maksud saya, jika benar itulah strategi suami, maka tiada talak terjadi pada kes ini.

2. Taklik yang disebut oleh suami adalah sah, walaupun yang mencadangkannya adalah isteri. Maksudnya suami tidak boleh lagi berurusan dengan dadah; dalam kes ini berniaga atau pucher dadah. Jika dia buat juga, jatuhlah talak ke atas isterinya. Jika dia tak jual dadah, tapi dia sekadar ambil tahu, ia masih tidak termasuk dalam kandungan taklik yg disebut.

3. Kes ini menyebabkan terjadinya talak ke atas isteri. Kerana suami telah keluar melalui pintu yang dikaitkan dengan taklik. Talak telah terjadi.

tk

Visitor IP: 183.171.163.24

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA