Soalan: Jatuh ke talak?
Nama*: | Unknown |
Tajuk*: | Jatuh ke talak? |
Message*: | Assalamualaikum. Macamni cerita nye ustaz.. Malam td kami bergaduh.. Pastu isteri membebel duk cakap macam2.. Dia cakap "aku dah tak tahan.. Kau lepas kan aku.. Kau ceraikan aku.. Ceraikan aku ceraikan aku.." Dia cakap mcm org hilang kawalan, mcm org tak ingat tuhan.. Lepastu saya pun cakap lah dgn dia, "Yer satu satu!"
Maksud saya cakap "Yer satu satu!" tu adakah saya mengkehendaki dia supaya cakap "satu persatu" bukan tergopoh gapah sebegitu.
Dah jadi satu hal, bini saya salah faham pulak.. Dia pikir saya cakap "yer" tu sama dgn saya menceraikan dia/sama dgn saya mengiyakan kata2 dia.. Padahal bukan itu maksud saya ustaz.. Saya jadi kalut sebab banyak benda dia cakap.
Soalan saya ustaz.. Jatuh ke talak bila saya cakap "Yer satu satu!" tu ustaz?? Padahal saya takde niat cerai atau pun bersetuju bila debut "yer" tu.. Mohon ustaz jelaskan agar saya boleh sy terangkan kat isteri saya bahwa semua ni takde pape. Tq ustaz |
File Upload: | |
Salam
Pengakuan suami itu adalah lebih tepat dan benar kerana suamilah yang lebih memahami apa yang diucapkan.
tk
Visitor IP: 115.164.95.255
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.