Wednesday, April 20, 2016

Soalan: Lafaz Kinayah sah @ tidak...

Nama*:Azhar
Tajuk*:Lafaz Kinayah sah @ tidak...
Message*:Assalamualaikum wbt... Ustaz, sy ade masalah hati yang sangat kronik... Ssah sy nk jlaskn... Tp lbih krg mcm niela, sy sentiasa terdetik utk lafazkan lafaz soreh seorg diri... Namun niat sy bknlah untk berpisah dengan isteri kerana kami baru berkahwin & xde masalah antara kami... Pernah satu ketika lidah sy terasa kebas krana menahan gejolak perasaan utk lafazkan lafaz soreh nie. Alhamdulillah sy berjaya menahan drpd melafazkannya. Tp ada suatu hari tue sy gagal & terlafaz satu lafaz kinayah seorg diri tujuan sy lafazkan itu bknla berniat utk menceraikan isteri tetapi kerana gagal mengawal perasaan & desakan hati yg mmksa sy mlafazkan lafaz soreh... Pada ketika itu sy x tahu yg lafaz itu adalah termasuk lafaz kinayah... Shgga skrg ia menghantui saya... Adakah lafaz yg sy lafazkan itu menjatuhkan talak? Kerana apa yg sy fahami lafaz kinayah akan sah jika ia dilafazkan apabila suami mmg bermaksud utk menceraikan isterinya sedangkan niat saya adalah utk mengelakkan dari melafazkan lafaz soreh & kembali memotivasikan diri utk melawan perasaan ini... Lafaznya lbih krg begini "c----kan (nama isteri). No way man". Harap ustaz dapat membantu... Terima kasih ustaz...
File Upload:
Salam

Ubati dan rawati penyakit was-was saudara.. Terlalu banyak berimaginasi hingga merosakkan akal dan kawalan diri.. Ubatilah was was ini..

selagi tiada lafaz yang sareh, jelas dan terang untuk menyatakan 'aku ceraikan kamu', maka tiadalah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 1.9.99.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA