Soalan: lintasan atau niat dari diri sendiri
Nama*: | haiqal maziz |
Tajuk*: | lintasan atau niat dari diri sendiri |
Message*: | salam ya ustaz,kwan sye mnta tlg tnyekan..jika mula niat mandi wajib tu dia sudah niat btol iaitu 'aku mandi wajib kerana allah'..kemudian smasa dipertengahan mandi tgh gosok2 anggota,terlintas tbe2 niat 'aku mandi TAK wajib'...dia tidak tau sama ade itu bisikan lintasan atau dari dia sendiri..adakah sah mandi dia itu ustz?? atau pesan sje pada dia agar mandinya itu sudah sah dan jangan dilayan semua itu??mohon ustz jelaskn situasi ini...
wsalam.. |
File Upload: | |
Salam
Niat tak perlu disusahpayahkan. Niat hanyalah ingatan atau fokus kepada apa yang dibuat. Memadai niat mandi wajib dengan ingatan untuk memandi wajib kerana Allah... Lintasan berikutnya, usah dilayan. tk
Visitor IP: 183.171.19.157
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.