Soalan: Anggap
Nama*: | Sidi |
Tajuk*: | Anggap |
Message*: | Ketika menyuap mknn kat isteri, dtg fikiran anggap mcm suap kat ibu sendiri..kadang2 dtg fikiran layanan kat isteri kene mcm layan ibu sendiri.yg jd x sedap ati nye dtg fikiran supaya anggap istri tu ibu supaya kite layan dia baik..adakah jatuh hukum ape2 ustaz??zihar ke ape2 ke??mcm nk menyamakan je tp xde niat..sekadar lintasan.. |
File Upload: | |
Salam
Ia bukanlah termasuk dalam kes zihar dan ia tidak apa.. cuma ingat kat ibu tu baik.. kenalah selalu mendampingi ibu.. tapi jangan abaikan pula isteri..
tk
Visitor IP: 60.54.77.231
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.