Soalan: jatuhkah talak itu?
Nama*: | diana |
Tajuk*: | jatuhkah talak itu? |
Message*: | Salam ustaz..
Saya memohon kebenaran untuk keluar dari suami..pada mulanya dia izinkan..tetapi semasa dlm prjalanan tba - tba dia tidak benarkan sya keluar..tp pada ketika itu sya sudah dlm prjalanan ke tmpat A. Km brgaduh di dlm mcj..dia suruh sya ptah blik..selepas sya mmgeluarkan duet di tmpat A pda pkul 3.33 (mngikut msa sya mengeluarkn duet di mesin atm)..sya brtolak untk ptah blik..semasa ptah blik..pda pkul 3.36 dia mnghntar whtsap yg brbnyi "awk pergi jgk tmpat tu (tmpat A) last awk jdi bini sya hri ni"..
Persoalannya..
Adakah jatuh talak pada situasi ini ustaz? Tetapi suami tidak ada niat untk ceraikan cuma niat mngugut untk brptah balik.. |
File Upload: | |
Salam
Tidak terjadi talak kerana perlakuan itu telahpun terjadi, isteri telahpun sampai ke lokasi A, sedangkan taklik baharu sahaja dikeluarkan dan dimaklumi suami.
tk
Visitor IP: 115.164.81.121
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.