Nama*: | sham |
Tajuk*: | rujuk |
Message*: | as salam ustaz, saya ada kekeliruan sikit dengan lafaz cerai berbentuk kinayah suatu ketika dahulu. kemudian, oleh disebabkan saya khilaf dalam bab agama jadi saya merujuk isteri saya dengan berniat dalam hati semasa bersama dengan isteri yang berbunyi macam ni. "ya allah sekiranya terjadi penceraian aku rujuk isteri aku kembali". Untuk pengetahuan ustaz, saya rasa keliru dengan lafaz tersebut sebab saya tidak bermaksud untuk bercerai tetapi dah terlintas di hati takut menjadi niat pula. Soalan saya ustaz adakah rujuk saya diterima seandainya terjadi talak?.. Kehidupan saya sekarang alhamdulillah bahagia ustaz..tak pernah ada pergaduhan..dikurniakan anak 2orang..alhamdulillah dulu saya yang jahil sekarang dah berubah..daripada seorang yang tinggal sembahyang, sekarang saya dah sembahyang..tunaikan zakat..cuma sejak saya dah berubah saya dihantui dengan kisah silam seperti di atas la ustaz.. Apapun saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada ustaz..dengan adanya blog ni ramai yang dapat manfaatnya dan ada tempat untuk bertanya.. |
File Upload: |
Pada saya, talak hanya akan terjadi dengan sebab adanya lafaz talak yang jelas dan terang disebut suami. Jika tiada apa-apa lafaz atau perbuatan yang menunjukkan talak, ia tidak akan terjatuhnya talak. Oleh itu, tidaklah perlu adanya rujuk jika talak itu tidak jatuh...
Syukur atas keinsafan yang Allah berikan. Saya mohon saudara doakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya juga.
tk
Visitor IP: 60.48.106.241
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.