Tuesday, April 12, 2016

Soalan: Ingin Kepastian

Nama*:Wan
Tajuk*:Ingin Kepastian
Message*:Sy ad beberapa soalan.

1. Selepas terbaca pasal lafaz cerai, sy duk teringati-ingat pasal lafaz tu. Smpai satu masa, sampai tersebut lafaz tu. Sy agak yakin tiada ucapan yang jelas, sekadar lintasan hati atau dekat kerongkong saje tp dtg was-was kalau-kalau sy tersebut jelas. Sy mmg tiada niat nk bercerai cuma kdg2 dtg was was tu. Cmner ustaz? Pernah sekali bila duk teringat, tiba2 terlintas kata2 "cerai bini aku?' dalam bentuk soalan. Tp sy cepat2 tanam niat dlm hati "taknak la cerai bini ak". Cmner ustaz? Bila dtg was-was tu ustaz, sy jd risau lalu sy ad lafaz rujuk sekali dua. Jatuh cerai ke tu ustaz sebab melafaz rujuk walaupun sy agak yakin belum jatuh cerai.

2. Kalau tercebut perkataan "cerai" shj, jatuh cerai ke ustaz?

3. Pernah terlintas dlm hati ungkapan "cerai dah". Sy ragu-ragu sama ada sekadar terlintas ataupun suara dekat kerongkong shj. Sy ad sebut2 utk pastikan suara dekat kerongkong je tp sy pastikan tiada sebutan yg jelas keluar. Mmg tiada niat langsung nk bercerai. Cmner ustaz.

Sekarang ni keadaan sy okay la sikit tp bila duk teringat2 kejadian ni, sy jd was-was ustaz. Kdg2 bermain dlm fikiran dh jatuh cerai tp sy cepat2 lawan balik. Dalam hati mmg sy yakin masih belum jatuh cerai tp sy mohon ustaz menjelaskan kepada sy untuk menguatkan keyakinan sy.



Terima Kasih
File Upload:
Salam

Pokok utama di sini ialah saudara mengalami was-was, ia menjadi punca kepada masalah ini. Pertamanya sdr kenalah belajar balik bab talak dan cerai, nikah dan kahwin. belajar dan bacalah buku-buku sebagai panduan hidup bersuami isteri.

Dengan ilmu, sdr akan dpt keyakinan dan pegangan.. Dengan ilmu, akan hilanglah was-was... Belajarlah lagi..

Jika sebutan cerai terkeluar tanpa disengajakan, ia tidak terjadinya cerai.

tl

Visitor IP: 115.132.166.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA