Sunday, April 17, 2016

Soalan: Manakah yang terbaik?

Nama*:Ismail
Tajuk*:Manakah yang terbaik?
Message*:Salam Ustaz,

Saya telah menghalau isteri saya keluar rumah dengan niat dia mencari ilmu menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak lelaki tunggal kami berusia 3 tahun berikutan berlaku sebuah pertengkaran melibatkan sikap dan tingkahlakunya terhadap anak kami.

untuk makluman ustaz, saya merasakan isteri saya kurang berminat untuk berumahtangga kerana sikapnya di rumah amat berlainan dengan dia berada di pejabat atau di luar rumah. keadaannya di rumah ibarat orang yang tidak ada jiwa, sering letih dan tidak berminat untuk bersama saya dan anak kami.

banyak aktiviti saya dan anak tidak dipedulikannya, andaikata bawa anak ke taman permainan, dia lebih selesa untuk duduk dan tengok saja, kalau saya biarkan dia yang kena jaga anak di taman permainan, dia ibarat pengawal keselamatan sahaja, tidak ada sikap seorang ibu yang ikut serta anaknya bermain.

di rumah dia banyak menghabiskan masa untuk menyiapkan tugasan rumahtangga seperti memasak, mencuci baju, iron baju. Untuk makluman ustaz, saya adalah seorang suami yang fleksibel, saya akan memasak, membasuh dan mengemas rumah juga tanpa membiarkan dia sahaja yang melakukan. tetapi setiap kali saya melakukan urusan tersebut dia semakin malas dan tidak bermaya untuk melayan anak kami. itu yang membuatkan saya geram dan sakit hati.

saya sering membawa mereka untuk bersiar-siar, tengok wayang, bermain di taman, bercuti dan berkelah bagi menghilangkan rasa bosan berada dirumah, tetapi ini langsung tidak membantu kerana dia akan kembali dengan sikapnya yang tidak berminat untuk mempunyai keluarga, dia jarang bercakap dengan kami anak beranak, dia jarang bergurau senda, malah jika saya mencuit atau bergurau dengannya sering disambut dengan mimik muka yang kurang menyenangkan saya. seolah - olah dia tidak suka dengan perbuatan tersebut.

kami pernahbeberapa kali berjumpa pakar kaunseling samada di tempat kerjanya dan juga dengan pejabat agama, semua pihak menasihati kami untuk berubah kerana kami tidak mempunyai masalah melibatkan pihak ketiga atau masalah2 lain. masalah utama kami ialah sikap dia dan komunikasi.

sepanjang dia keluar rumah, sudah hampir 3 minggu, dia langsung tidak pernah menghubungi anak kami mahupun balik ke rumah untuk melihat anak kami jika sekalipon dia marahkan saya.

jika saya, saya langsung tidak boleh tinggalkan rumah terlalu lama jika kami bergaduh kerana saya akan merindui anak saya, tempoh 3 hari itu sudah cukup terlalu lama bagi saya jika saya tidak melihat wajah dan mendengar suara anak saya. malah jika saya keluar untuk berkursus mahupun atas tugas rasmi saya mesti menghubungi untuk mendegar suara anak saya. berbeza dengan dia sebaliknya.

apakah betul tindakan saya atau saya perlu meneruskan pengajaran ini jika tidak adakah cerai terbaik buat kami?

ini adlalah kerana saya masih memikirkan masa depan anak saya jika kami berpisah.
File Upload:
Salam.

Saudara, dugaan berumah tangga tidak sama pada semua orang. Ada yang begitu dan ada yang begini. Kenapa isteri bersikap dingin terhadap anak dan suami? itu perkara pokok?

Mungkinkah kerana dia tidak pernah diajar sejak kecil mendekati bayi, bermain dengan anak-anak atau diajar bergaul mesra dengan kawan-kawan sepermainan. Mungkin latar belakangnya sebegitu, dia jarang terdedah dengan interaksi sosial, yang hanya mungkin juga disogokkan dengan permainan (games) sahaja atau terperap di dalam rumah dipaksa membaca buku (dan lulus cemerlang dalam akademik)?

Entahlah, saya tidak pasti.

Kesannya yang dia ada kini adalah daripada didikan dan asuhan sewaktu kecil. Jika dia tidak dibiasakan dengan kasih sayang, maka kasih sayang itu akan hilang dan tidak bernilai bagi dirinya. Yang penting ialah kerjaya dan kejayaan dalam perniagaan... mungkin sebegitu?

Suami perlulah banyak mendidik dan membimbing isterinya ke arah yang lebih baik. Nak bina balik kasih sayang, kita perlukan kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi. Suami perlu buktikan kasih sayang itu lebih utama daripada nilai kebendaan dan kewangan. Kembalilah ke jalan agama dan beragama, kerana agama punyai landas kasih sayang yang cukup unggul.

Bawalah solat berjemaah dalam rumah tangga, bawalah dia kembali ke pangkuan keluarga dan tunjukkan bertapa anak-anak itu adalah jaminan yang paling selamat untuk bekalan dunia dan akhirat.

Nasihatilah dia sebaik-baiknya, dan bawalah dia kembali kepada ALLAH dan agama...

tk

Visitor IP: 43.252.233.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA