Soalan: Jatuh talak @ tidak
Nama*: | Hani |
Tajuk*: | Jatuh talak @ tidak |
Message*: | SOALAN 1:
Saya mesej suami dan kandungan mesej seperti berikut:
Isteri : abang, saya ada perkara nak tanya kpd abg..
Suami ; apa dia?
Isteri :ingat tak pada malam semalam abang ada cakap satu benda ni..masa sedang tengok drama tv cerita ni (tajuk)
Suami : petang nanti kita bincang ( suami cuba ingat balik ayat apa yg disebut dan tiba2 lafaz ni aku ceraikan kau terpancul dari mulut suami dengan tujuan untuk mengingati semula kejadian semalam, tanpa niat)
Boleh jatuh talak ke ustaz?
SOALAN 2 :
Selepas suami pulang, saya dan suami pun berbincang mengenai situasi pada soalan 1 tadi, saya pun cakap:
Isteri : semalam abang masa tengok tv ada ckp lafaz ni
Suami : awak cakap, abang tak boleh cakap
Isteri : Abang cakap aku ceraikan kau
Suami: iye,mmg abang cakap tapi lafaz tu abang tak tujukan kpd awak/tak bermaksudkan kpd awak..
Jatuh ke talak dalam situasi 2 ni? |
File Upload: | |
Salam
Kes seperti ini tidaklah menjatuhkan talak.
Sebutan itu tidak ditujukan kepada isteri.. tk
Visitor IP: 203.106.158.16
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.