Soalan: Talak taklik
Nama*: | Jun |
Tajuk*: | Talak taklik |
Message*: | Assalammualaikum ustaz.
Sy nak bertanya. Sy dan bekas kekasih masih berkawan walaupun selepas kahwin. Kami hanya berbalas pesanan ringkas mengenai perniagaan yg pernah kami melabur. Suami sy tidal mengetahui mengenai ini. Satu hari, suami sy terbaca sms sy dan bekas kekasih sebelum perkahwinan kami. Suami telah naik marah dan berkata "kalau awak contact dia lagi, maka jatuh la". Sy telah mendapatkan kepastian dri suami samada kata2 itu adalah talak bagi saya ataupun hanya ugutan. Suami menjawab, itu hanya ugutan. Saya nak tahu status bg perkara ini dan sekiranya saya menghubungi bekas teman lelaki, apakah yang akan berlaku. Harap ustaz dapat memberikan jawapan. Terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Nak pastikan, adakah sebutan suami itu setelah berkahwin atau sebelum berkahwin? Jika sebelum berkahwin, taklik itu tidak sah...
keliru dng soalan ini..tk
Visitor IP: 64.233.173.104
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.