Monday, August 22, 2016

Soalan: Talak 3

Nama*:Noraw
Tajuk*:Talak 3
Message*:Assalammualaikum ustaz..

Saya ada satu soalan....
Saya suami isteri telah bergaduh besar...
Sehingga kedue2nye lupe kami sedang bergaduh.
Sehingga suami.memecahkan perabot rumah... Perkara yang tak pernah terjadi....
Kelihatan beliau seperti ingin memukul saya, tetapi dialihkan kepada perabot.. .
Saya tidak curang, saya tidak melakukan apa2 perkara yang jahat.
.
Dan sampai satu ketika, suami menyebut "aku ceraikan kau talak 3"
Terus saya dan anak yamg berusia 2tahun lebih menangis...
Untuk pengetahuan ustaz, saya tengah hamil 5bulan lebih...
.
Rasa sangat2 menyesal.
Kalau saya tenangkan suami tak jadi macam ni.
.
Saya jumpa suami, tapi suami kata tak sah talak sebab beliau terlalu marah.
Dan masa tu saya memang pertama kali nampak beliau marah macam tu sekali sepanjang perkahwinan kami
.
Dan beliau juga mengatakan, setahu beliau kalau jatuh talak pun hanya sekali
Beliau tidak bercadang ingin ke mahkamah,kerana yakin dengan pegangan beliau
.
Mohon pendapat. Saya sgt sayangkan suami saya.....
File Upload:
Salam

Apabila lafaz talak disebut, ia telah menjatuhkan talak. Itu yang saya faham. Marah, memanglah lafaz talak hanya akan disebut ketika marah. Kalau dah baik, tak kan nak ceraikan isteri pula...

Cuma ada saya pernah dimaklumkan jika keadaan emosi marah yang keterlaluan dan sampai hilang ingatan kerana marahnya itu, maka ketika itu tidaklah dikira lagi sahnya talak walaupun lafaz talak itu disebut. Kita nak kesan tahu pula, suami ketika itu masih waras atau telah hilang ingatan? Jika benar dia hilang ingatan kerana marahnya itu, maka lafaz talak itu tidak dikira.

TK

Visitor IP: 123.136.106.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA