Soalan: Taklik
Nama*: | Pn Hanna |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Salam ustaz,
Pada beberapa hari lepas, suami saya telah meminjam duit saya sebanyak RM 100 dan berjanji untuk membayar semula keesokannya. Oleh kerana bimbang hutang tersebut tak dibayar (sebelum2 ni suami slalu meminjam tapi tak pernah bayar balik), saya telah memaksa suami untuk ceraikan saya kalau gagal bayar pada hari keesokkannya tepat pkul 12 tgh hari. Suami pn bersetuju. pada keesokannya, suami telah menghubungi saya pada pkul 11 pg, mnyatakan dia tidak dapat sediakan duit tu pada pkul 12 , dan mintak saya bersetuju untuk izinkan dia tangguh bayar hutang tu pada malamnya. Adakah taklik boleh ditangguh? Adakah sah perceraian kami? |
File Upload: | |
Salam..
Bagusnya macam tu.. Tak baik tu.. Tak baik bila isteri atau suami dalam apa keadaan sekalipun nak gadaikan ikatan nikah.. Usah disebut seperti itu lagi.
Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana persetujuan itu dicapai sebelum tempoh ditetapkan.
Selepas ni jangan buat macam ni lagi..
tk
Visitor IP: 60.50.49.101
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.