Soalan: Mohon kepastian
Nama*: | Anonymous |
Tajuk*: | Mohon kepastian |
Message*: | Asslamualaikum ustaz..
Terima kasih ustaz kerana sudi meluangkan sedikit masa di atas kemusykilan saya ini,.semoga ustaz sentiasa diberkati oleh Allah SWT atas usaha murni ustaz ini..
Saya ada satu soalan berkaitan dengan talak..seperti yang kita tahu, talak boleh jatuh melalui lafaz sorih & kinayah dan tulisan bagi seorang suami yg sempurna (maknanya tidak bisu). Adakah terdapat perkara lain yang boleh menyebabkan talak jatuh terhadap isteri bagi suami yang sempurna iaitu TIDAK BISU, contohnya;
1) Adakah bahasa isyarat tangan kepada isteri (TANPA LAFAZ) yg menunjukkan maksud cerai juga boleh menyebabkan jatuh talak.
2) Adakah talak boleh jatuh ke atas isteri hanya dengan perbuatan seperti; mengenyit mata beberapa kali dengan sengaja atau menggerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dengan sengaja dengan niat menceraikan isteri DALAM HATI? |
File Upload: | |
Salam
Talak bagi orang yang sihat (tidak bisu) kenalah SEBUT dan LAFAZKAN sebagaimana anda melafazkan TERIMA semasa akad nikah...
tk
Visitor IP: 60.51.77.7
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.