Soalan: sah mandi
Nama*: | muhd fakhrul azri bin mokhtar |
Tajuk*: | sah mandi |
Message*: | salam ustaz,maaf nak tanya..jika sebelum mandi hadas,kita perasan ada bintik kecil pada tepi isi kulit kuku jari kaki..kita dah kuis2 kan sebelum ini tapi masih ada lagi..jadi ustaz,untuk tak nak memudaratkan seperti ketip isi kuku itu dan sebagainya,saya teruskan saja mandinya itu dan sambil itu saya ratakan juga air bahagian situ..ustaz,kalau bintik itu kecil dan susah nak tanggal..kalau kita buat cara lain takut memudaratkan..pastu kita terus sje mandi wajib itu,adakah tetap sah dan sempurna juga?? kmudian terus solat..mandi iu sah tak saya teruskn sje walaupun bintik kecil itu ada dan susah nak hilang tapi saya gonyoh je juga kenakan air bhgian situ..sah tak status mandinya? boleh ustaz berikan jawapanya? -ingin tahu- |
File Upload: | |
Salam
Bintik kecil seperti itu dimaafkan. Tidaklah perlu dikorek atau dibuang denan pisau pula..
tk
Visitor IP: 203.82.90.144
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.