Friday, August 26, 2016

Soalan: Suami Malas

Nama*:Rozila binti Razak
Tajuk*:Suami Malas
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya telah 3 tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Saya bekerja di sektor swasta dan pendapatan lebih tinggi dari suami. Saya tak pernah berkira untuk membantu menanggung perbelanjaan keluarga. Tapi suami amik kesempatan atas kebaikan saya itu. Duit gaji nya tak pernah dihulur kepada saya. Hanya sekali dua dia akan membeli keperluan anak (susu & pampers) serta keperluan dapur. Selebihnya di atas bahu saya. Kperluan bulanan, dari sewa rumah, pelbagai bil utilities, pengasuh, kos ke tempat kerja, keperluan anak, dan barang dapur. Dia seolah tak sedar diuntung. Sudahla tidak membantu meringankan kos sara hidup, sebaliknya sewenangnya bershopping mewah utk keperluan sendri. Saya selalu nmpk dia bawa balik baju, seluar, dan pelbagai keperluan baru utk dirinya. Untuk saya, sehelai baju pun tak pernah dibelikan. Pernah sekali saya ingin meminjam traksuit dia berjenama Cotton On, die menempik saya tanda tak memberi keizinan. Saya rasa tersentap sangat. Anak2 pun selalu tak diberi perhatian. Ada jasad di rumah, tapi mata dan tgn ligat di screen HP. Anak dah menangis mintak diangkat pun tak diendahkan. Saya balik kerja belum sempat duduk terus menyinsing lengan baju bertungkus lumus memasak di dapur. Suami ada hobi ke gym. Hampir setiap hari dihabiskan masa di gym. Even walau hari dia tak bekerja dia lebih rela habiskan masa di gym dari duduk di rumah melayan anak. Sepanjang berkahwin, belum pernah suami menyuap nasi ke mulut anak2. Betapa hampir seluruh masa saya dihabiskan utk hal rumah n anak. Suami seorang yg liat utk solat. Maghrib dibiarkan berlalu begitu saja. Begitu juga Subuh. Suami juga ada hobi menonton video lucah. Saya pernah buang berdozen2 VCD lucah yg dibelinya. Saya jelek melihatnya. Dulu ketika mengandung, pernah terkantoi die menghendap adik perempuan saya mandi. Tapi katanya lepas tu nak berubah. Tp sebenarnya die melanggan laman web lucah di HP, sampai skrg dan terbaru dia membeli lagi VCD lucah. Saya tak pernah tahu password HP nye. Atas sebab takut saya tahu kewujudan bende tu. Suami jugak suka simpan gambar2 perempuan bogel. Atas sebab tu jugak saya tak berkeinginan utk check hp suami. Suami seorang yg tak boleh ditegur. Dia akan melenting, marah menjerit dan pernah sekali naik tgn ke saya. Walaupun teguran dari ibunya sendri. Bila saya berkongsi masalah dgn ibunya, berharap dapat penyelesaian, tp malang ibu nya menyebelahi suami pula. Bila suami sakit, inginkan layanan sehabis baik, sebaliknya bila saya sakit, tetap juga membuat segala kerja rumah dan menjaga anak. Tiada istilah MC dlm hidup saya. Bila saya dapat bonus, saya bagi 2k pd suami. Tp dia berduit jarang sekali dihulur utk isteri. Semakin hari hati saya semakin hambar. Saya tak pernah kisah atas perbelanjaan yg ditanggung asalkan suami ambil alih hal2 yg lain dan membantu spt menjaga anak dsb. Hati saya byk terluka tp hanya dipendam saja. Saya x suka berkongsi mslh rumah tgga dgn org sekeliling, tidak juga pd kaum keluarga wpn mak saya. Saya harap ustaz dapat membantu apa tindakan yg patut saya lakukan.
File Upload:
Salam

Puan, terima kasih dan tahniah kerana sabar melayan suami seperti itu.

Puan perlu juga bersuara dengan tenang dan baik kepada suami. Bincangkan tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami yang tidak boleh dipandang ringan. Puan kena jelaskan sedikti ttg tugasnya untuk menjaga dan menjadi ketua dalam rumah tangga.

Keadaan ini menjadi punca kepada krisis berpanjangan, Puan yang sabar sahaja akan berupaya menjadikan keluarga ini bahagia. Saya percaya jika puan telah hialng sabar, perceraian hanya di ambang pintu.

Suami itu pastinay jauh dari agama, tidak solat dan bergelumang dengan seks semata-mata. Suami ini perlu dididik dan diajarkan soala agama dan tugasnya sebagai hamba Allah. Jika puan tidak berupaya merubahnya, perceraian mungkin jalan terbaik daripada terus menanggung beban.

Mohon maaf atas pandangan yg mungkin tidak tepat.

tk

Visitor IP: 175.143.88.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA