Soalan: Sah tak mandi wajib guna air paip yg keruh
Nama*: | Filza |
Tajuk*: | Sah tak mandi wajib guna air paip yg keruh |
Message*: | sekiranya ada air paip yg keruh utk digunakan bagi tujuan mandi/bersuci/mandi wajib boleh ke.. sebab takde opsyen lain. kadar keruhnya hanya warna macam air teh yg cair, tak lar pekat pun...
Keruh sebab ada kerja2 korek paip di kawasan perumahan saya.
sebab ni berlaku tadi, di mana tiada opsyen lain.. nak tunggu berapa lama nak bagi air tu jernih balik.. jernih balik pun kaler tak jernih sangat. so macam mana ye?
dah mandi hadas, dah solat subuh pun. |
File Upload: | |
Salam
Sah mandi dan wuduk dng air keruh spt itu. Keruh kerana tanah tidak dikira air berubah warna...
its ok. tk
Visitor IP: 203.106.159.217
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.