Nama*: | Diana |
Tajuk*: | Jatuh talak / tidak |
Message*: | Asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan : 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri) 2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata SAYA TAK CAKAP KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) cakap kepada orang dlm TV tu 3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini? 4. Setelah tu, suami ada menelefon maknya di tempat kerja..suami marah marah sebab saya menuduhnya melafazkan cerai terhadap saya. Suami berkata kepada maknya " diana(isteri) kata , saya ceraikan diana(isteri)... mana ada saya cakap saya ceraikan diana(isteri), saya cakap " "aku ceraikan kau" dekat org dalam drama tv tu... Adakah lafaz ayat sorih dalam perbualan suami dengan maknya itu boleh Jatuh Talak? Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut. |
File Upload: |
Suami tidak tujukan lafaz itu kepada isterinya, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.
Puan pula kenapa nak over sangat.. tindakan keterlaluan akan menyebabkan suami marah dan tidak suka..
tk
Visitor IP: 203.106.159.218
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.