Soalan: kena bisikan
Nama*: | airul fikri |
Tajuk*: | kena bisikan |
Message*: | Assalam,
ustaz..nak tanya,kalau semasa kita mandi wajib,nak jatuhkan niat semasa air jatuh saja ditubuh..saya dikacau oleh bisikan dalam hati yg menyatakan mandi itu 'mandi sunat'..ustaz kalau saya teruskan niat je juga 'aku mandi wajib' adakah tetap sah mandi itu walaupun bisik itu kacau dan ckp mcm itu melalui dalam hati saya? saya terus buat dan sambil itu saya niat lafaz dimulut ulang2 sampailah selesai mandi iu..adakah perbuatan saya itu tidak membatalkan mandi pun dan jika masa mandi bisikan itu kacau niat saya atau menukar2 niat saya,tetapi saya terus saja buat..adakah ia tetap sah juga..setiap kali mandi pasti bisikan itu ada..saya lawan dengan teruskan mandi itu sambil ulang niat itu dgn lafas dimulut sehingga selesai..mandi itu tetap sah dan sempurna kan ustaz?? |
File Upload: | |
Salam
Usah dilayan dengan gangguan. Itu yang utama.. Mandi tu senang je, niatlah nak mandi wajib dan ratakan air ke tubuh.. sudah cukup. usah dirisaukan yg lain.
tk
Visitor IP: 183.171.24.37
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.