Soalan: perasaan tidak rata air
Nama*: | ahmad fatihi bin abdul rahman |
Tajuk*: | perasaan tidak rata air |
Message*: | assalam..ustaz,mandi wajib bila kita sendiri dah yakin air dah rata kena berhenti kan? saya tengah2 mandi dan saya yakin air sudah rata lalu saya terus berhenti..kemudian beberapa minit kemudian,tiba2 datang perasaan seperti bahagian telinga tak kena air lah,bahagian jari kaki tak kena air lah dan sebagainya..apa perlu saya lakukan? buat tak tahu saja dan terus bersolat? adakah itu benar atau itu was-was? setiap kali mandi ada saja tidak kena..mohon bantu saya |
File Upload: | |
Salam.
Yang penting mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh. Itu yang wajib dan jika ada najis basuhlah.
Usalh dilayan gangguan dan was-was seperti itu. Yakinilah dengan diri sendiri dengan apa yang anda lakukan.
tk
Visitor IP: 183.171.24.159
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.