Saturday, August 6, 2016

Soalan: tak trtanggung di hati

Nama*:anak ayah
Tajuk*:tak trtanggung di hati
Message*:Salam ustaz..diharap ustaz berbahagia selalu dan diberkati Allah..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Sy bertemu dgn suami di umur 18 tahun dan trlnjur..mujur ank sempat dinasabkn ke atas bapanye..mcm2 rintangan kami ibu bapa muda lalui..suami sy seorg penagih dadah namun ade sifat kebapaan yg tggi .panas baran dan sy jd tekanan hdup lalu biadap dgnnye dan die memukul sy sebab sy biadap dan melawannye..semua saudara mnyuruh sy berpisah..namun hati ni tetap kuat dan taat pd suami..sian n kasih pade suami..biar buruk mane pun suami..adakah betul tindakan sy..pernah sy halau suami,sakit kn hati suami dan mohon cerai walaupun suami xnak lnsg ceraikn sy, sebab dgr ckp org tua, x lme kemuadian hdup sy huru hara dan sy balik ke pangkuan suami..

Adakah wajar dan waras sy ni ustaz..sy masih menunggu suami dan mnyokong dia untuk berubah..pelbagai rintangan sebab semua org sudah x prcayaknnye .hnye sy yg msih mnunggu prubahannya...
File Upload:
Salam

Ketabahan seorang isteri amat luar biasa. sayangnya amat susah hendak dinilai dan dikira.

Jika puan masih percaya puan mampu untuk membawa perubahan kepada suami, teruskanlah perkahwinan ini. Suami kaki pukul, kaki dadah.. itu cabaran yang cukup besar. Puan berikhtiarlah utk membawa suami ke pangkal jalan. Dekatkan dia dengan agama dan carilah jalan agama sebagai jalan terbaik membawa perubahan dalam hidupnya.

Banyakkan doa dan ikhtiar utk mendepani perubahan..

tk


Visitor IP: 183.171.164.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA