Soalan: Mohon Kepastian Pasal Cerai
Nama*: | Diha |
Tajuk*: | Mohon Kepastian Pasal Cerai |
Message*: | Assalammualaikum....
Suami saya ada hubungan dengan perempuan indon yang bekerja sebagai caddy golf di Johor Bahru. Sy telah meminta pertolongan kawan sy untuk mengambil gambar perempuan tersebut tetapi perempuan tersebut telah mengetahui bahawa lelaki tersebut kawan saya. Perempuan tersebut telah memberitahu suami sy dgn mengambil gambar curi dan menghantar kpd suami sy. Suami sy juga kenal lelaki tersebut. Suami sy marah sbb cuba mengintip perempuan tersebut. Pada 9.8.2016 jam 3.23 pm suami sy telah menghantar sms kpd seperti berikut 'ko bgtau dgn suami2 ko tu yg skrg ko dh jadi janda.. nnt suami2 ko tu dtg lh tengok ko'.. Suami2 tu maksudnya sy minta pertolongan dgn kwn sy.. Dia mrh sbb kwn sy tlg sy.. Skrg sy x pasti status sy.. Mohon penjelasan dan pencerahan. Terima Kasih.. |
File Upload: | |
Salam
Puan kena berbincang dan cuba dapatkan maksud sebenar SMS berkenaan daripada suami. Jika suami bermaksud TALAK, akan terjadilah talak, jika tidak, ia masih selamat.
Hak talak hanya ada pada suami.
tk
Visitor IP: 203.106.157.234
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.