Soalan: mandi hadas kali ke-2
Nama*: | afizuddin |
Tajuk*: | mandi hadas kali ke-2 |
Message*: | salam ustaz,saya masa tu dah selesai mandi wajib untuk yang pertama.kemudian,saya mandi wajib kali yang ke-2 untuk bagi sempurna sekali lagi dalam masa yang sama.kiranya saya mandi wajib itu 2 kali..ustaz,seandainya mandi yang ke-2 itu tidak sah,tapi mandi wajib yang pertama sudah saya lakukan tadi..tetap sah je kan mandi yang pertama itu? dan tidak membatalkan mandi pun yang pertama itu..atau pun sudah memadai mandi yang pertama itu..adakah mandi yg pertama itu menyebabkan tidak sah? kena ulang balik lagi ke? boleh ustaz jelaskan |
File Upload: | |
Salam
Usah dibazirkan air. Berdosa.
Mandi sekali sahaja cukup untuk sahkan mandi wajib
Usah dilayan keraguan yang menyusahkan hidup anda juga.
tk
Visitor IP: 183.171.19.79
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.