Soalan: cara lawan was-was
Nama*: | muhd akmal bin rahman |
Tajuk*: | cara lawan was-was |
Message*: | salam ustaz,maaf bertanya soalan mengenai was-was..
ustaz,apakah cara nak lawan was-was masa mandi wajib? saya tertekan ustaz dengan masalah yang saya alami ini..setiap kali apabila sudah jatuh niat,saya pasti akan diganggu bisikan2 dengan mengubah niat..tolonglah saya ustaz berikan kata2 semangat dan nasihat serta cara nak berubat supaya masa nak mandi wajib saya dapat buat dengan mudah..mcm mana nak lawan setiap kali bila dah jatuh saja niat mandi wajib,selepas itu mesti ada suara dalam hati mengubah-ubah niat..ustaz,saya cuma risau mandi saya tidak sah dan tidak diterima. bagaimana ye ustaz..saya buntu..tertekan..tolong bantu saya |
File Upload: | |
Salam
Banyakkan istighfar, taubat dan bacaan Quran.
Belajarlah ilmu fiqh dengan betul.. ilmu yg betul memberi keyakinan atas apa yang anda buat.. Keyakinan boleh menghapuskan keraguan.
tk
Visitor IP: 183.171.165.87
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.