Tuesday, August 16, 2016

Soalan: masalah rumahtangga

Nama*:Normanoor
Tajuk*:masalah rumahtangga
Message*:saya telah mendirikan rumahtangga selama 15 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Hubungan saya dan suami saya tidak berapa baik sejak kebelangan ini. Hampir 2 tahun suami saya tidak menyentuh saya. Dia juga tidak makan masakan yang saya masak.Buat pengetahuan tuan suami saya seorang yang pendiam tetapi dia seorang yang bertanggungjawab.Baru -baru ini saya ajak berbincang
tentang masalah hubungan kami.Dia meyatakan yang dia dah tak ada perasaan terhadap saya lagi.Saya tahu saya bukan isteri yang baik tetapi saya dah sedar segala kesilapan saya terhadap suami dan telah meminta maaf kepadanya tetapi dari apa yang dia lakukan pada saya seolah-olah dia tak boleh maafkan saya . Baru-baru ini saya tejumpa banyak cd-cd lucah didalam biliknya.
Saya amat tertekan dengan apa yang suami saya lakukan kepada
seolah-olah saya ini bukan isterinya. Minta pencerahan daripada tuan
File Upload:
Salam

Terima kasih atas kesabaran puan melayan suami seperti itu. Berusahalah sebaiknya untuk memulihkan kembali kasih sayang suami isteri. SUami merajuk tu mungkin ada puncanya, dan kenal pasti puncanya. Jika punca telah diatasi, mohonlah kemaafan dan bertaubatlah kepada Allah. Allah yang menjinakkan hati-hati manusia...

Bimbinglah suami mendekati ALLAH sebaiknya. Suami yang baik tidak akan mensia-siakan isterinya. Bantulah dia untuk sempurnakan solat, solat berjemaah, dekati masjid dan yang utama dalami ilmu agama sebagai panduan hidupnya.

Kita ada amanah dan kita ada tanggungjawab yang perlu dibereskan. Ingatlah itu..

tk

Visitor IP: 14.1.193.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA