Monday, August 1, 2016

Soalan: JATUH TALAK ATAU TIDAK?

Nama*:INSAN DILEMA
Tajuk*:JATUH TALAK ATAU TIDAK?
Message*:ASSALAMUALAIKUM USTAZ..

DALAM RUMAH TANGGA MESTI ADA PERSELISIHAN FAHAM. TETAPI SAYA ADA KEMUSYKILAN KERANA DALAM PERGADUHAN SAYA DAN SUAMI PERNAH SUAMI MENYEBUT PERKATAAN CERAI. SITUASI ADALAH SEPERTI BERIKUT

INSIDEN PERTAMA :

SUAMI MARAH SAYA KERANA LAMBAT ATUR ANAK SEHINGGA MENGATAKAN.."APA LA GUNA MU NI BAGUS LA AKU CERAI KAU" SYA DIAMKAN SAJA DAN APABILA KEADAAN TELAH REDA SYA ADA TANYA DIA YANG ADAKAH DIA MAKSUDKAN APA YANG DIA CAKAP DAN DIA CAKP ITU HANYA UNTUK SEDARKAN SAYA KERANA SAYA SUKA LAWAN CKAP DIA


INSIDEN KEDUA

SYA MERAJUK DENGAN DIA DAN TAK NAK SETERIKA BAJU DIA. DIA MARAH DAN KATAKAN "KAU JANGAN MACAM2 DI SANA YA..AKU CERAI KAU TU". SEMUA INI AKAN DIKATAKN APABILA BELIAU BETUL2 MARAH DENGAN SAYA..KERANA DIA ADALAH JENIS TAK BANYAK CAKP DAN SAYA SUKA BERLETER. SAYA MEMANG JENIS SUKA LAWAN CAKAP DIA SO DIA CAKAP ITU SAJA CARA AGAR SAYA TUTUP MULUT SAYA DAN BARU TUNJUK HORMAT DENGAN DIA..


INSIDEN KETIGA

KAMI BERTENGKAR LAGI. DAN DIA MENGATAKAN "AKU TEKANAN DAN BOSAN DENGAN CARA MU YANG BIADAP DAN KASAR NI. AKU NI KALAU KAU SUDH TAK MAU DENGAR CAKAP CERAI JAK JAWAPNYA. KO PIKIRLA SELAMA 3 HARI KALAU KO PUN SETUJU KITA ATUR JAK LA"


USTAZ..MOHON SANGAT PENJELASAN DARIPADA USTAZ DENGAN SITUASI NI..APA PERLU SAYA BUAT KERANA SAYA DAN SUAMI MASIH SALING MENYAYANGI DAN SAYA RISAU INSIDEN DI ATAS AKAN MENJEJASKAN RUMAH TANGGA KAMI
File Upload:
Salam

Ketiga-tiga situasi di atas tidak menjatuhkan talak kerana suami tidak secara langsung menceraikan isterinya.

Baikilah hubungan suami isteri, dan bantulah suami supaya dia tidak mengugut CERAI dalam semua keadaan. Kalau boleh tiada perkataan CERAI keluar drp mulut suami dalam apa jua keadaan sekalipun.

Cubalah...

tk

Visitor IP: 43.252.233.25

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA