Nama*: | ingin tahu |
Tajuk*: | sumpah seranah |
Message*: | Assalamualaikum ust. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya, semoga ust diberi rahmat sekeluarga aamiin. Suami saya ni memang suka memaki hamun saya dengan gelaran seperti :- - menyusahkan aku -betina sial -bodoh -bangang -betina tak guna walaupun sepatutnya saya dah hadam kata2nya kerana dia memang macam tu tetapi saya tetap bersedih tiap kali mendengar..baru-baru ini saya bergaduh kerana isunya saya ingin ikutnya ke pejabat pada hari cuti (beliau kena siapkan kerja) dia terus mengamuk tendang segala perabot macam kena rasuk. Macam marah sangat saya nak ikut. Saya mula mengesyak sesuatu. Dalam pada bertengkar tu keluarlah ayat-ayat seperti saya nyatakan tadi. Saya pun berlawan sama sebab terlalu sakit hati. Dia suruh saya berambus macam tu jer. Saya kata padanya kalau nak saya keluar perlu ceraikan saya. Tak lama tu dia masuk bilik dia panggil hoi2 kat saya dia kata 'aku nak lafaz ni, kalau aku lafaz ni kau kena keluar" saya diam sambil istighfar sebab tak mahu cabar dia. Lepas tu dia pun senyap dan beredar. Soalan saya, suami yang macam ni suka hina dan maki ni terlepas tak dari dosa? Saya perlu sabar atau saya harus tinggalkan dia? |
File Upload: |
Suami seperti ini kerana dia kurang diajar oleh keluarganya, kurang ajar ajaran agamanya, kurang budi dan kesopanannya, kurang etika dan hormatnya. Dia tidak hormat kepada isteri,malah tidak hormat kepada manusia dan makhluk lain. ..
Puan, jika nak betulkan suami seperti ini, kenalah bawakan dia dekati agama dan kenali Allah. Bawakan dia bertaubat dan asuhlah dia sebagaimana mengasuh anak-anak kecil yang tidak menegerti apa-apa... Kasihan kan....
Puan perlu sabar dan terus berikhtiar memperbetulkan sifat dan sikapnya... Orang lain mungkin tidak mampu sama sekali menghadapi situasi seperti ini.
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.