Soalan: Cerai
Nama*: | Suami |
Tajuk*: | Cerai |
Message*: | Saya seorg suami.Pada 1 malam, isteri saya ada meminta cerai dari saya.
Nak bercerai cara baik katanya.Dia ada membuat kesalahan dalam
hidup kekeluargaan kami.Salah yang besar dan tak perlulah saya ceritakan disini.Saya sanggup memaafkan kesalahannya, tetapi dia berkeras mahu saya ceraikan dia kerana terasa amat bersalah dan malu pada saya.Saya memujuknya dgn berbagai cara dan tidak mahu lepaskan dia.Tetapi dia sangat memaksa.Akhirnya saya ucapkan"saya dan awak, kita pisah".Saya ucap itu bkn dengan rela hati, tetapi kerana paksaannya dan untuk menyejukkan hatinya.Adakah telah jatuh talak? |
File Upload: | |
Salam
Bagaimanakah kekerasan dan keterpaksaan itu? Jika benar ia terpaksa dan dipaksa, dan untuk mententeramkan keadaan (kawal emosi dll), laaz serpti itu tidak menjatuhkan talak. Sebab niat suami itu yang utama sama ada cerai atau tidak..
tk
Visitor IP: 113.210.53.153
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.