Wednesday, August 31, 2016

Soalan: Adakah Jatuh Talak?

Nama*:Aishah
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak?
Message*:Assalammulaikum ustaz,

Saya ada satu soalan mengenai lafaz talak. Adakah talak itu jatuh terhadap isteri jika suami berkata kepada perempuan simpanannya:

1. Saya akan ceraikan isteri saya,atau;
2. Saya mahu ceraikan isteri saya, atau;
3. Saya ingin memfailkan cerai ke atas isteri saya.

Sekian, Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadi talak kerana masih ada kalimah AKAn, MAHU, INGIN yg menunjukkan akan terjadi, akan dibuat... tetapi ia belum pun dibuat..

tk

Visitor IP: 119.160.155.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 28, 2016

Soalan: was2 air mazi atau mani

Nama*:encik fathul hakimi
Tajuk*:was2 air mazi atau mani
Message*:assalam ustaz,nak tanya jika air keruh kekuningan memang air mazi ye tuan? air mazi itu warnanya memang jernih dan keruh kekuningan?

dan kalau tadi rasa macam nak mandi wajib,tapi saya kata tak payah ikut rasa was-was itu..warna keruh kekuningan,nipis,keluar meleleh selepas bangun dari tidur itu memang bukan air mani ye tuan? jadi kalau saya kata je 'tak payah mandi'..biar saje..setiap kali keluar mesti takut mcm air mani keluar..mulanya mimpi ghairah,tapi saya cepat2 bangun dan tgk tidak ada basah pda seluar,kemaluan pun tidak nmpk basah apa2..kmudian saya tidurlah semula..selepas itu bgun skli lagi tgk ada cecair meleleh ianya nipis,bertali,kekuningan keruh..tapi tidak ada berasa sedap dan kemuncak syahwat..itu mmg air mazi ye tuan? kalau saya tak mandi wajib biarkn saja tak ikut was-was itu adakah tepat cara itu? tolong tuan bantu saya situasi yg saya alami ini.
File Upload:
Salam

AIr mani hanya akan keluar setelah ghairah sama ada bermimpi atau bersetubuh.

Air mazi sebaliknya. Air mazi memadai dengan basuhan sahaja tidak perlu mandi hadas besar.

t k

Visitor IP: 183.171.165.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 26, 2016

Soalan: Suami Malas

Nama*:Rozila binti Razak
Tajuk*:Suami Malas
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya telah 3 tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Saya bekerja di sektor swasta dan pendapatan lebih tinggi dari suami. Saya tak pernah berkira untuk membantu menanggung perbelanjaan keluarga. Tapi suami amik kesempatan atas kebaikan saya itu. Duit gaji nya tak pernah dihulur kepada saya. Hanya sekali dua dia akan membeli keperluan anak (susu & pampers) serta keperluan dapur. Selebihnya di atas bahu saya. Kperluan bulanan, dari sewa rumah, pelbagai bil utilities, pengasuh, kos ke tempat kerja, keperluan anak, dan barang dapur. Dia seolah tak sedar diuntung. Sudahla tidak membantu meringankan kos sara hidup, sebaliknya sewenangnya bershopping mewah utk keperluan sendri. Saya selalu nmpk dia bawa balik baju, seluar, dan pelbagai keperluan baru utk dirinya. Untuk saya, sehelai baju pun tak pernah dibelikan. Pernah sekali saya ingin meminjam traksuit dia berjenama Cotton On, die menempik saya tanda tak memberi keizinan. Saya rasa tersentap sangat. Anak2 pun selalu tak diberi perhatian. Ada jasad di rumah, tapi mata dan tgn ligat di screen HP. Anak dah menangis mintak diangkat pun tak diendahkan. Saya balik kerja belum sempat duduk terus menyinsing lengan baju bertungkus lumus memasak di dapur. Suami ada hobi ke gym. Hampir setiap hari dihabiskan masa di gym. Even walau hari dia tak bekerja dia lebih rela habiskan masa di gym dari duduk di rumah melayan anak. Sepanjang berkahwin, belum pernah suami menyuap nasi ke mulut anak2. Betapa hampir seluruh masa saya dihabiskan utk hal rumah n anak. Suami seorang yg liat utk solat. Maghrib dibiarkan berlalu begitu saja. Begitu juga Subuh. Suami juga ada hobi menonton video lucah. Saya pernah buang berdozen2 VCD lucah yg dibelinya. Saya jelek melihatnya. Dulu ketika mengandung, pernah terkantoi die menghendap adik perempuan saya mandi. Tapi katanya lepas tu nak berubah. Tp sebenarnya die melanggan laman web lucah di HP, sampai skrg dan terbaru dia membeli lagi VCD lucah. Saya tak pernah tahu password HP nye. Atas sebab takut saya tahu kewujudan bende tu. Suami jugak suka simpan gambar2 perempuan bogel. Atas sebab tu jugak saya tak berkeinginan utk check hp suami. Suami seorang yg tak boleh ditegur. Dia akan melenting, marah menjerit dan pernah sekali naik tgn ke saya. Walaupun teguran dari ibunya sendri. Bila saya berkongsi masalah dgn ibunya, berharap dapat penyelesaian, tp malang ibu nya menyebelahi suami pula. Bila suami sakit, inginkan layanan sehabis baik, sebaliknya bila saya sakit, tetap juga membuat segala kerja rumah dan menjaga anak. Tiada istilah MC dlm hidup saya. Bila saya dapat bonus, saya bagi 2k pd suami. Tp dia berduit jarang sekali dihulur utk isteri. Semakin hari hati saya semakin hambar. Saya tak pernah kisah atas perbelanjaan yg ditanggung asalkan suami ambil alih hal2 yg lain dan membantu spt menjaga anak dsb. Hati saya byk terluka tp hanya dipendam saja. Saya x suka berkongsi mslh rumah tgga dgn org sekeliling, tidak juga pd kaum keluarga wpn mak saya. Saya harap ustaz dapat membantu apa tindakan yg patut saya lakukan.
File Upload:
Salam

Puan, terima kasih dan tahniah kerana sabar melayan suami seperti itu.

Puan perlu juga bersuara dengan tenang dan baik kepada suami. Bincangkan tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami yang tidak boleh dipandang ringan. Puan kena jelaskan sedikti ttg tugasnya untuk menjaga dan menjadi ketua dalam rumah tangga.

Keadaan ini menjadi punca kepada krisis berpanjangan, Puan yang sabar sahaja akan berupaya menjadikan keluarga ini bahagia. Saya percaya jika puan telah hialng sabar, perceraian hanya di ambang pintu.

Suami itu pastinay jauh dari agama, tidak solat dan bergelumang dengan seks semata-mata. Suami ini perlu dididik dan diajarkan soala agama dan tugasnya sebagai hamba Allah. Jika puan tidak berupaya merubahnya, perceraian mungkin jalan terbaik daripada terus menanggung beban.

Mohon maaf atas pandangan yg mungkin tidak tepat.

tk

Visitor IP: 175.143.88.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 24, 2016

Soalan: Cara Penyelesaian

Nama*:Ira
Tajuk*:Cara Penyelesaian
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya dan suami berkahwin hampir 9 tahun. Kami ada 2 org anak. Suami saya tak bekerja dan penagih dadah. Hampir 4 kali pernah di tangkap polis dan saya tetap menjamin suami. Suami seorg panas baran ada masanya di akan memukul saya dan anak2. dia tak bekerja dan tugasnya hantar dan ambil anak ke sekolah. Perbelanjaan keluarga semua saya yang tanggung termasuk duit poket suami. Suami selalu cakap agar saya sedar diri, jgn jadi isteri yang busybody urusan dia. Bukan saya nak hina suami sendiri tapi dia selalu menipu, curi duit saya dan anak2 dan macam2 lagi. Paling ketara jika dia tak dapat dadah dia akan mengamuk marah saya dan anak2 macam orang gila tejerit tepekik telolong saya hanya mampu menangis je. Dia juga beranggapan bahawa tanggungjawap kewangan kelaurga adalah tugas saya daya saya tak berhak untuk merungut atau mengungkit diatas apa yang saya tanggung. Kadangkala saya tak tertahan dengan sikap dia. saya cuba bersabar tapi kengkadang saya tak mampu bersabar. saya cuba untuk tuntut cerai tapi takut dengan dengan tindakan suami jika saya menuntut cerai. Apa cara lagi yang perlu saya buat. saya buntu
File Upload:
Salam

Puan, bersuamikan penagih dadah adalah cabaran yang sangat rumit. PEnagih diah hanya tahu mahu hilangkan ketagihannya sahaja dan tidak peduli apa cara dia mendapatkan duit. Ks ini agak berat, saya nasihatkan puan bertemu dengan pejabat agama bagi membantu kes puan.

Jika keterlaluan, perpisahan adalah jalan terbaik daripada puan terus sengsara memikul beban bersuamikan penagih dadah.

Mohon maaf andai jawapan saya tidak tepat.

tk

Visitor IP: 103.50.166.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak / tidak

Nama*:Diana
Tajuk*:Jatuh talak / tidak
Message*:Asssalammulaikum ustaz,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau.
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata SAYA TAK CAKAP KEPADA AWAK (isteri )..
abg (suami) cakap kepada orang dlm TV tu
3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?

4. Setelah tu, suami ada menelefon maknya di tempat kerja..suami marah marah sebab saya menuduhnya melafazkan cerai terhadap saya.
Suami berkata kepada maknya " diana(isteri) kata , saya ceraikan diana(isteri)... mana ada saya cakap saya ceraikan diana(isteri), saya cakap " "aku ceraikan kau" dekat org dalam drama tv tu...

Adakah lafaz ayat sorih dalam perbualan suami dengan maknya itu boleh Jatuh Talak?


Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut.
File Upload:
Salam

Suami tidak tujukan lafaz itu kepada isterinya, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Puan pula kenapa nak over sangat.. tindakan keterlaluan akan menyebabkan suami marah dan tidak suka..

tk

Visitor IP: 203.106.159.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ia lafaz taqlik?

Nama*:Rina
Tajuk*:Adakah ia lafaz taqlik?
Message*:Assalammualaikum tuan,

Saya ada persoalan yg ingin dikemukan...
Apa hukum suami berkata kepada isteri:

"jangan keluar dari pagar depan".
"Jangan keluar rumah".
"Jangan makan nasi".
"Jangan tidur lagi lepas asar".

Soalan saya, adakah lafaz tersebut merupakan lafaz taqlik bagi cerai?
Semasa lafaz, suami tiada mengaitkan dengan ayat / perkataan cerai.
File Upload:
Salam

Lafaz itu hanyalah larangan semata-mata. Ia tidak dikaitkan dengan cerai. So tak ada masalah larangan taklik di sini.

tk

Visitor IP: 203.106.159.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 23, 2016

Soalan: Palmistry

Nama*:fizi
Tajuk*:Palmistry
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanyakan hukum mempelajari ilmu palmistry (garis tangan) Adakan ia termasuk pada kelakuan syirik?
File Upload:
Salam

Belajarlah kerana ia sebahagian drp ilmu rahsia kejadian Allah.

"Pada diri kamu, kenapa kamu tidak selidiki"  Maksud ayat Quran.. maaf tak ingat ayatnya..

Cuma bila dah tahu, ia sekadar panduan sahaja, bukannya boleh dipercayai 100%

tk

Visitor IP: 113.210.184.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Pn Hanna
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam ustaz,

Pada beberapa hari lepas, suami saya telah meminjam duit saya sebanyak RM 100 dan berjanji untuk membayar semula keesokannya. Oleh kerana bimbang hutang tersebut tak dibayar (sebelum2 ni suami slalu meminjam tapi tak pernah bayar balik), saya telah memaksa suami untuk ceraikan saya kalau gagal bayar pada hari keesokkannya tepat pkul 12 tgh hari. Suami pn bersetuju. pada keesokannya, suami telah menghubungi saya pada pkul 11 pg, mnyatakan dia tidak dapat sediakan duit tu pada pkul 12 , dan mintak saya bersetuju untuk izinkan dia tangguh bayar hutang tu pada malamnya. Adakah taklik boleh ditangguh? Adakah sah perceraian kami?
File Upload:
Salam..

Bagusnya macam tu.. Tak baik tu.. Tak baik bila isteri atau suami dalam apa keadaan sekalipun nak gadaikan ikatan nikah.. Usah disebut seperti itu lagi.

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana persetujuan itu dicapai sebelum tempoh ditetapkan.

Selepas ni jangan buat macam ni  lagi..

tk


Visitor IP: 60.50.49.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Status 'bujang' (Sambungan)

Nama*:Mohd Ilham Ali
Tajuk*:Status 'bujang' (Sambungan)
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Maksud Ustaz, jawapan lelaki yang sudah berkahwin memberi jawapan dengan senyuman dan ketawa itu tidak memberi kesan kepada status perkahwinannya. Begitu ye Ustaz? Maaf Ustaz, sekadar ingin mendapat kepastian kerana keliru. Dalam erti kata lain, jawapan 'bujang' bagi lelaki yang telah berkahwin, tidaklah menjatuhkan talak.
File Upload:
Salam

Ia.. sebab suami tidak sama sekali memikirkan atau menyebut CERAI dalam kes seperti ini.

tk

Visitor IP: 1.9.154.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kotoran

Nama*:insan22
Tajuk*:kotoran
Message*:salam ustaz,saya ada masalah was2. baru2 ni saya yakin air dah kena seluruh anggota, tapi sebelum saya solat , saya tengok ada kotoran kat celah kuku..rasanya nasi yang saya makan. saya pun was2 samada air kena tak pada kuku tu..saya terus solat tapi masih lagi was2.

perlukah saya mengulang mandi wajib tersebut?
File Upload:
Salam

Mandi wajib tidak perlu diulang, hanya basuhlah pada kawasan yang terhalang air itu.. kesan nasi atau sebagainya..

tk

Visitor IP: 183.171.165.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 22, 2016

Soalan: was2

Nama*:cik kina
Tajuk*:was2
Message*:salam,ustaz..adakah was-was ini perkara yang memang benar? saya dah mandi smlm tapi perasaan menganggu saya kata mandi tidak sah dan sebagainya..contoh,kalau kita dah mandi,dah solat dah pun..pastu perasaan ada sesuatu pada kuku..disitulah muncul perasaan was-was kte mandi itu tidak sah dan mcm2 lah..tapi saya kte dlm hati ia mgkin datang selepas dari mandi..tetapi perasaan itu kuat juga gnggu..ustaz,kalau saya kuatkn hati juga terus saja solat dan ckp pada diri mandi itu sudah sah..adakah ia memberikan kesan pada ibadat saya yg laen2 itu? sye tak nak ikut perasaan itu ulang mandi semula..
File Upload:
Salam

Was-was adalah mainan syaitan untuk merosakkan manusia. Ia tidak pernah benar sama sekali.

Bila anda telah yakin lakukan sesuatu, berpeganglah pada keyakinan itu. Usah dibimbangi lagi akan kecacatan yang mungkin terjadi.. kerana ia di luar keupayaan kita untuk menentukan yang terbaik 100% dalam semua keadaan. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya, hanya umatnya sahaja yg tak pandai.. hehe

tk
Visitor IP: 183.171.165.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sumpah seranah

Nama*:ingin tahu
Tajuk*:sumpah seranah
Message*:Assalamualaikum ust. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya, semoga ust diberi rahmat sekeluarga aamiin.

Suami saya ni memang suka memaki hamun saya dengan gelaran seperti :-

- menyusahkan aku
-betina sial
-bodoh
-bangang
-betina tak guna

walaupun sepatutnya saya dah hadam kata2nya kerana dia memang macam tu tetapi saya tetap bersedih tiap kali mendengar..baru-baru ini saya bergaduh kerana isunya saya ingin ikutnya ke pejabat pada hari cuti (beliau kena siapkan kerja) dia terus mengamuk tendang segala perabot macam kena rasuk. Macam marah sangat saya nak ikut. Saya mula mengesyak sesuatu. Dalam pada bertengkar tu keluarlah ayat-ayat seperti saya nyatakan tadi. Saya pun berlawan sama sebab terlalu sakit hati. Dia suruh saya berambus macam tu jer. Saya kata padanya kalau nak saya keluar perlu ceraikan saya. Tak lama tu dia masuk bilik dia panggil hoi2 kat saya dia kata 'aku nak lafaz ni, kalau aku lafaz ni kau kena keluar" saya diam sambil istighfar sebab tak mahu cabar dia. Lepas tu dia pun senyap dan beredar.

Soalan saya, suami yang macam ni suka hina dan maki ni terlepas tak dari dosa? Saya perlu sabar atau saya harus tinggalkan dia?
File Upload:
Salam

Suami seperti ini kerana dia kurang diajar oleh keluarganya, kurang ajar ajaran agamanya, kurang budi dan kesopanannya, kurang etika dan hormatnya. Dia tidak hormat kepada isteri,malah tidak hormat kepada manusia dan makhluk lain. ..

Puan, jika nak betulkan suami seperti ini, kenalah bawakan dia dekati agama dan kenali Allah. Bawakan dia bertaubat dan asuhlah dia sebagaimana mengasuh anak-anak kecil yang tidak menegerti apa-apa... Kasihan kan....

Puan perlu sabar dan terus berikhtiar memperbetulkan sifat dan sikapnya... Orang lain mungkin tidak mampu sama sekali menghadapi situasi seperti ini.

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak 3

Nama*:Noraw
Tajuk*:Talak 3
Message*:Assalammualaikum ustaz..

Saya ada satu soalan....
Saya suami isteri telah bergaduh besar...
Sehingga kedue2nye lupe kami sedang bergaduh.
Sehingga suami.memecahkan perabot rumah... Perkara yang tak pernah terjadi....
Kelihatan beliau seperti ingin memukul saya, tetapi dialihkan kepada perabot.. .
Saya tidak curang, saya tidak melakukan apa2 perkara yang jahat.
.
Dan sampai satu ketika, suami menyebut "aku ceraikan kau talak 3"
Terus saya dan anak yamg berusia 2tahun lebih menangis...
Untuk pengetahuan ustaz, saya tengah hamil 5bulan lebih...
.
Rasa sangat2 menyesal.
Kalau saya tenangkan suami tak jadi macam ni.
.
Saya jumpa suami, tapi suami kata tak sah talak sebab beliau terlalu marah.
Dan masa tu saya memang pertama kali nampak beliau marah macam tu sekali sepanjang perkahwinan kami
.
Dan beliau juga mengatakan, setahu beliau kalau jatuh talak pun hanya sekali
Beliau tidak bercadang ingin ke mahkamah,kerana yakin dengan pegangan beliau
.
Mohon pendapat. Saya sgt sayangkan suami saya.....
File Upload:
Salam

Apabila lafaz talak disebut, ia telah menjatuhkan talak. Itu yang saya faham. Marah, memanglah lafaz talak hanya akan disebut ketika marah. Kalau dah baik, tak kan nak ceraikan isteri pula...

Cuma ada saya pernah dimaklumkan jika keadaan emosi marah yang keterlaluan dan sampai hilang ingatan kerana marahnya itu, maka ketika itu tidaklah dikira lagi sahnya talak walaupun lafaz talak itu disebut. Kita nak kesan tahu pula, suami ketika itu masih waras atau telah hilang ingatan? Jika benar dia hilang ingatan kerana marahnya itu, maka lafaz talak itu tidak dikira.

TK

Visitor IP: 123.136.106.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kotoran

Nama*:ridzuan
Tajuk*:kotoran
Message*:tuan kalau lepas mandi..dalam beberapa jam tu nmpk mcm ada something pda dlm isi kuku jari..tapi saya yakin mgkin ia dtg selepas mandi td..perasaan mcm kte suruh mandi semula..mcm was2 pun ada..kalau saya xlyan perasaan buat tak tahu je dan sye tak ulang pun mandi itu..adakah itu cre trbaek tuan? tak mgkin sye da selati jari itu sye tak perasan ada kotoran..perasan itu lepas solat mghrib..sye buat tak tau sje perasaan itu dan solat je mcm biasa.memang tak perlu layan kan tuan perasaan sebegitu..mandi itu memang dah sah sebenarnya kan?
File Upload:
Salam

Jika dipastikan kotoran itu datang selepas mandi, usahlah lagi diragui sahnya mandi tadi.

Tak perlu layan keraguan mendatang...

Jika dipastikan ia ada sebelum mandi, maka kenalah dibuang dan memadai dengan dibasuhkan di kawasan itu sahaja

tk


Visitor IP: 183.171.161.243

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Status 'bujang'

Nama*:Mohd Ilham Ali
Tajuk*:Status 'bujang'
Message*:Assalamualaikum Ustaz, apa hukumnya jika seseorang bertanya dengan soalan " Awak bujang lagi ke? " kepada seseorang lelaki yang sudah berkahwin dengan niat bergurau. Kemudian dibalas dengan jawapan sekadar senyum dan ketawa tanpa ada niat lain. Ini berlaku kerana lelaki yang sudah berkahwin itu mengenakan pakaian yang menarik perhatian. Adakah ia memberi kesan kepada status perkahwinannya?
File Upload:
Salam

Jawapan 'bujang' kepada lelaki  yang telah berkahwin, tidaklah menjatuhkan talak.

Ia tidak pun bermaksud untuk menceraikan isterinya..

tk
Visitor IP: 115.164.210.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 21, 2016

Soalan: kena bisikan

Nama*:airul fikri
Tajuk*:kena bisikan
Message*:Assalam,
ustaz..nak tanya,kalau semasa kita mandi wajib,nak jatuhkan niat semasa air jatuh saja ditubuh..saya dikacau oleh bisikan dalam hati yg menyatakan mandi itu 'mandi sunat'..ustaz kalau saya teruskan niat je juga 'aku mandi wajib' adakah tetap sah mandi itu walaupun bisik itu kacau dan ckp mcm itu melalui dalam hati saya? saya terus buat dan sambil itu saya niat lafaz dimulut ulang2 sampailah selesai mandi iu..adakah perbuatan saya itu tidak membatalkan mandi pun dan jika masa mandi bisikan itu kacau niat saya atau menukar2 niat saya,tetapi saya terus saja buat..adakah ia tetap sah juga..setiap kali mandi pasti bisikan itu ada..saya lawan dengan teruskan mandi itu sambil ulang niat itu dgn lafas dimulut sehingga selesai..mandi itu tetap sah dan sempurna kan ustaz??
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan gangguan. Itu yang utama.. Mandi tu senang je, niatlah nak mandi wajib dan ratakan air ke tubuh.. sudah cukup. usah dirisaukan yg lain.

tk

Visitor IP: 183.171.24.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 20, 2016

Soalan: Cerai

Nama*:Kamal
Tajuk*:Cerai
Message*:Isteri sy beritahu sy dia pergi bank untuk berurusan. Semasa dia keluar dia terjumpe kawan lelaki dan mereka menaiki kerete bersama untuk minum air di kedai berhampiran, tetapi x memberitahu sy, dan menipu sy bila sy tanya. Bila sy tahu hal itu sy telah memberitahunye supaya "kawannya itu perlu dtg berjumpe sy pd hari tersebut dan kali tidak datang jatuh talak" tetapi tdak dtg kerana dia hanya kebetulan lalu sahaja dan meneruskan perjalanan ke kuala lumpur, saya berada di terengganu. Bagaimanapn dia terus menhubungi sy dan bercerita ape yg berlaku dan meminta maaf, dia juga memberitahu kalau dia masih lagi berada di area trg dia sdh dtg berjumpe sy, ketika itu dia sudh berada di highway area temerluh.
File Upload:
Salam

Kebodohan suami di sini ialah terlalu cepat nak jatuhkan talak.. Walaupun isteri ada salahnya, tetapi ketenangan dan kebijaksanaan suami lebih besar nilainya untuk dihargai pasangan.

Pada saya ia tidak jatuh talak kerana lelaki berkenaan telah menelefon dan memaklumkan apa yang terjadi.

tk

Visitor IP: 1.9.96.75

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 19, 2016

Soalan: Aku cerai

Nama*:****
Tajuk*:Aku cerai
Message*:Assalam. Ustaz, sy ada bertengkar dengan suami, suami nak meredakan keadaan kerana emosi sy tidak terkawal waktu itu, dia menyebut "aku cer...cerai". Sy terdiam. Sy terus menanyakan kpdnya apa maksud nya, dia berkata dia hanya ingin meredakan sy agar tidak mengamuk tak tentu pasal. Adakah itu ayat yg jelas ataupun ayat tersebut tergantung? Adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Jika suami dengan jelas sebutkan 'Aku ceraikan kamu' maka terjatuhlah talak satu.
Tapi jika suami sebut 'Aku cerai....' dan ayatnya tidak habis.. pada saya ia tidak menjatuhkan talak lagi. Ini kerana boleh jadi suami mahu sebut ' aku ceraikan kau nanti kang..' dsbnya



Visitor IP: 115.164.220.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi hadas

Nama*:nurul
Tajuk*:mandi hadas
Message*:Assalam. Saya nk tanya, ketika mandi wajib saya terfikir atau termonolog mandi macam biasa untuk meyakinkan diri.. Adakah 'mandi macam biasa' adalah niat dan membatalkan niat mandi wajib?? Ketika itu saya teruskan kerana berniat Allah tahu kita niat mandi wajib tadi. Sekian jazakumullah
File Upload:
Salam
Monolog macam tu tak lah membatalkan niat mandi wajib tu..

teruskan mandi je, usah dilayan keraguan.

tk

Visitor IP: 183.171.30.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bahagian batin dan zahir

Nama*:muhd shahizul abdullah
Tajuk*:bahagian batin dan zahir
Message*:salam ustaz,masa mandi wajib masa nak basuh bahagian dubur,saya basuh bahagian luarnya saja..saya tidak meneran dan tidak korek kerana bimbang najis di dalam dubur itu..mandi itu tetap sah kan ustaz basuh yang luar saja? ustaz ,jika dalam dubur itu ada najis,saya biarkan saja sebab saya hanya meratakan bhagian luarnya sahaja..saya tidak korek atau teran pun..walaupun ada najis pada bahagian dalamnya ia tidak membatalkan mandi pun kan ustaz sbb bahagian dalam sudah dianggap batin dan saya bimbang jika diteran akan keluar najis..saya hanya lakukan dengan basuh dubur itu diluarnya saja semas cangkung..mandi wajib saya itu tetap sah dan sempurna kan ustaz walaupun najis di dalam dubur itu ada tapi saya basuh bahagian luar dubur saja..minta maaf bertanya soalan begini kerana saya ingin tahu..wsalam
File Upload:
salam

Mandi wajib tidaklah perlu mengorek dubur, cukup dengan meratakan air ke bahagian luar dubur sahaja. Tahi kat dalam tu, biarkanlah sahaja. Kecuali kalau nak berak, beraklah dahulu.

Jika berak semasa mandi hadas besar, ia tidaklah membatalkan mandi wajib, cuma kenalha berwujudk kerana wudut itu telah terbatal dng sebab berak.

tk

Visitor IP: 183.171.26.156

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah mandi

Nama*:muhd fakhrul azri bin mokhtar
Tajuk*:sah mandi
Message*:salam ustaz,maaf nak tanya..jika sebelum mandi hadas,kita perasan ada bintik kecil pada tepi isi kulit kuku jari kaki..kita dah kuis2 kan sebelum ini tapi masih ada lagi..jadi ustaz,untuk tak nak memudaratkan seperti ketip isi kuku itu dan sebagainya,saya teruskan saja mandinya itu dan sambil itu saya ratakan juga air bahagian situ..ustaz,kalau bintik itu kecil dan susah nak tanggal..kalau kita buat cara lain takut memudaratkan..pastu kita terus sje mandi wajib itu,adakah tetap sah dan sempurna juga?? kmudian terus solat..mandi iu sah tak saya teruskn sje walaupun bintik kecil itu ada dan susah nak hilang tapi saya gonyoh je juga kenakan air bhgian situ..sah tak status mandinya? boleh ustaz berikan jawapanya? -ingin tahu-
File Upload:
Salam

Bintik kecil seperti itu dimaafkan. Tidaklah perlu dikorek atau dibuang denan pisau pula..

tk

Visitor IP: 203.82.90.144

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 18, 2016

Soalan: Muskil

Nama*:Saya
Tajuk*:Muskil
Message*:Assalam Ustaz..
Saya seorg suami, soalan saya, jika seorg suami menangkap isterinya berzina dengan org lain tetapi dia tidak menceraikannya. Mereka terus meneruskan hidup kekeluargaan mereka.Adakah suami itu dayus?Apakah hukumnya suami itu?Selepas beberapa tahun selepas itu, isterinya ditangkap lagi dgn suaminya berpegang2 dan terlalu rapat caranya seperti suami isteri.Adakah dayus juga jika masih memaafkannya dan tidak menceraikannya.Apakah hukumnya pada pasangan itu Ustaz?Tolong bantu kawan saya yang sangat muskil ini ustaz.
File Upload:
Salam

Suami yang mengetahui isterinya berzina, tetapi tidak diceraikannya disifatkan seabgai DAYUS.

Cuma beginilah, jika isteri itu telah bertaubat dan ia betul-betul terperangkap dan menyesal, suami boleh menerima isterinya kembali.. Lihatlah juga pada situasi yang berlaku.

Jika terang-terang isteri kaki zina, kena ceraikanlah dia.. sebab kejelekan perilakunya.

tk

Visitor IP: 113.210.56.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bintik kecil

Nama*:muhd hadi
Tajuk*:bintik kecil
Message*:salam,
ustaz sah tak mandi wajib saya selepas saja selesai solat isyak,saya baru perasan ada bintik halus dan kecil pada isi kuku..saya mandi wajib pada waktu asar..ustaz,jika bintik itu kecil dan memang lekat pada isi kuku,dah kuis dengan jari pun tak hilang juga..ia dimaafkn an ustaz..jadi mandi wajib saya memang sudah sah dan solat yang dilakukan itu sudah sah?
File Upload:
Salam

Bintik kecil celahan kuku dimaafkan.. cuma bila dah sedar tu, basuh sahaja di tempat itu..
tk

Visitor IP: 183.171.26.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: air shower perlahan

Nama*:khairul
Tajuk*:air shower perlahan
Message*:salam ustaz,mandi wajib kalau pakai air shower dan air shower itu tidak kuat derasnya dan perlahan,kiranya air shower itu sedikit,boleh saja kan terus mandi wajib itu? ada orang kte kne 2 kolah tu mcm mana? mcm situasi saya ni air shower dia perlahan dan sedikit saja tapi saya terus sja mandi sampai rata..boleh saja kan?
File Upload:
Salam

Air perlahan itu tak apa, sah dan mandilah seperti biasa. Air paip yang berpunca dari tangki air kat luar rumah tu dah melebihi dua kolah pun.. dan ia air mutlak. Walaupun ia mengalir perlahan ke dalam rumah.. tetap asalnya lebih dua kolah dan ia air yg mutlak.

mandi hadas besar tidaklah perlu dua kolah air, kalau sebaldi air yang mutlak pun sudah cukup untuk mandi hadas, tidaklah perlu sampai dua kolah pula..

KEna masuk kelas fardu ain balik ni.. hehe..

tk

Visitor IP: 183.171.160.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 17, 2016

Soalan: Cerai

Nama*:Musykil
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Baru-baru ini saya terbaca di dalam FB perbualan antara suami dengan rakannya. Dalam komen tersebut suami menulis "sudah berpisah dan tidak berhubung lagi" bila rakannya memberi komen mengenai berkenaan status yang diupdate suami.

Ustaz, saya dan suami sudah 8 bulan tidak berhubung akibat dari perselisihan faham antara kami. Nafkah anak dan saya sendiri sudah tidak diberikan sejak 4 bulan yang lalu. Saya pasti yang dimaksudkan suami saya di dalam komen tersebut adalah merujuk kepada saya.

Mohon pandangan ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Saya kira ia satu kenyataan yang diungkap oleh suami, bukannya untuk menjatuhkan talak ke atas isterinya.

Bagaimana usaha ke arah memulihkan kembali hubungan suami isteri? Berusahalah selagi masih ada status suami dan isteri.. Hindari perceraian.. rendahkan keegoaan kita an kembalilah kepada Allah.. DIA sahaja yang menyelamatkan kita dunia akhirat.

tk

Visitor IP: 1.9.139.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perasaan tidak rata air

Nama*:ahmad fatihi bin abdul rahman
Tajuk*:perasaan tidak rata air
Message*:assalam..ustaz,mandi wajib bila kita sendiri dah yakin air dah rata kena berhenti kan? saya tengah2 mandi dan saya yakin air sudah rata lalu saya terus berhenti..kemudian beberapa minit kemudian,tiba2 datang perasaan seperti bahagian telinga tak kena air lah,bahagian jari kaki tak kena air lah dan sebagainya..apa perlu saya lakukan? buat tak tahu saja dan terus bersolat? adakah itu benar atau itu was-was? setiap kali mandi ada saja tidak kena..mohon bantu saya
File Upload:
Salam.

Yang penting mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh. Itu yang wajib dan jika ada najis basuhlah.

Usalh dilayan gangguan dan was-was seperti itu. Yakinilah dengan diri sendiri dengan apa yang anda lakukan.

tk

Visitor IP: 183.171.24.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 16, 2016

Soalan: cecair

Nama*:harith
Tajuk*:cecair
Message*:salam.ustaz,kalau selepas kita bangun dari tidur..ada cecair jernih,nipis dan xbnyk pun keluar sedikit..tapi tiada rasa syahwat,tiada rasa sedap. adakah itu mazi,setiap kali bangun tidur ada cecair yg itu..tapi saya hnya basuh saja sebab tak mungkin itu mani..kerana mani msti keluar dalam keadaan kemuncak syahwat,keluarnya berasa sedap,tebal/kental..jd saya hanya basuh saja..memang benar kan ustaz itu memang mazi?
File Upload:
Salam

AIr seperti itu perlulah dibasuh dan tidak perlu mandi..

Air mazi kut...


tk
Visitor IP: 183.171.174.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: masalah rumahtangga

Nama*:Normanoor
Tajuk*:masalah rumahtangga
Message*:saya telah mendirikan rumahtangga selama 15 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Hubungan saya dan suami saya tidak berapa baik sejak kebelangan ini. Hampir 2 tahun suami saya tidak menyentuh saya. Dia juga tidak makan masakan yang saya masak.Buat pengetahuan tuan suami saya seorang yang pendiam tetapi dia seorang yang bertanggungjawab.Baru -baru ini saya ajak berbincang
tentang masalah hubungan kami.Dia meyatakan yang dia dah tak ada perasaan terhadap saya lagi.Saya tahu saya bukan isteri yang baik tetapi saya dah sedar segala kesilapan saya terhadap suami dan telah meminta maaf kepadanya tetapi dari apa yang dia lakukan pada saya seolah-olah dia tak boleh maafkan saya . Baru-baru ini saya tejumpa banyak cd-cd lucah didalam biliknya.
Saya amat tertekan dengan apa yang suami saya lakukan kepada
seolah-olah saya ini bukan isterinya. Minta pencerahan daripada tuan
File Upload:
Salam

Terima kasih atas kesabaran puan melayan suami seperti itu. Berusahalah sebaiknya untuk memulihkan kembali kasih sayang suami isteri. SUami merajuk tu mungkin ada puncanya, dan kenal pasti puncanya. Jika punca telah diatasi, mohonlah kemaafan dan bertaubatlah kepada Allah. Allah yang menjinakkan hati-hati manusia...

Bimbinglah suami mendekati ALLAH sebaiknya. Suami yang baik tidak akan mensia-siakan isterinya. Bantulah dia untuk sempurnakan solat, solat berjemaah, dekati masjid dan yang utama dalami ilmu agama sebagai panduan hidupnya.

Kita ada amanah dan kita ada tanggungjawab yang perlu dibereskan. Ingatlah itu..

tk

Visitor IP: 14.1.193.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 15, 2016

Soalan: cecair keluar ketika buang air kecil

Nama*:ahmad zaini
Tajuk*:cecair keluar ketika buang air kecil
Message*:assalam,ustaz..,selepas saya bangun daripada tidur,saya pergi buang air kecil.kemudian selesai buang air kecil itu,saya perasan ada cecair nipis,tidak ada bau,bercampur dengan air kencing itu..adakah itu mazi atau mani? air mani tidak akan keluar dengan cara itu kan ustaz? tidak ada berasa sedap dan kemuncak. semasa saya tidur,saya hanya tahu kemaluan saya hanya terangsang saja..tapi sebelum nak pergi bilik air nak buang air kecil saya tengok tidak ada apa2 pada seluar..yg keluar ketika buang air kecil itu adakah memang mazi??
File Upload:
Salam

Air yang keluar daripada kemaluan hendaklah dibasuh, tidak kira air apa.. Jika air mani baharulah kena mandi wajib.. Jika selain itu, memadai dengan basuhan sahaja.

tk

Visitor IP: 183.171.23.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Suami
Tajuk*:Cerai
Message*:Saya seorg suami.Pada 1 malam, isteri saya ada meminta cerai dari saya.
Nak bercerai cara baik katanya.Dia ada membuat kesalahan dalam
hidup kekeluargaan kami.Salah yang besar dan tak perlulah saya ceritakan disini.Saya sanggup memaafkan kesalahannya, tetapi dia berkeras mahu saya ceraikan dia kerana terasa amat bersalah dan malu pada saya.Saya memujuknya dgn berbagai cara dan tidak mahu lepaskan dia.Tetapi dia sangat memaksa.Akhirnya saya ucapkan"saya dan awak, kita pisah".Saya ucap itu bkn dengan rela hati, tetapi kerana paksaannya dan untuk menyejukkan hatinya.Adakah telah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Bagaimanakah kekerasan dan keterpaksaan itu? Jika benar ia terpaksa dan dipaksa, dan untuk mententeramkan keadaan (kawal emosi dll), laaz serpti itu tidak menjatuhkan talak. Sebab niat suami itu yang utama sama ada cerai atau tidak..

tk

Visitor IP: 113.210.53.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: berhnti mandi

Nama*:ameerul
Tajuk*:berhnti mandi
Message*:salam ustaz,kalau tengah2 mandi perasaan dalam diri rasa nak berhenti dan nak ulang mandi semula tapi saya tak layan perasaan itu dan teruskan mandi wajib itu sehingga selesai. saya diganggu seperti ada dalam hati berkata mandi saya itu adalah 'mandi sunat'...perasaan suruh berhnti dan ulang mandi itu semula..tapi saya tak layan saya teruskan saja mandi itu sehingga selesai..sah tak ustaz mandi wajib saya itu dan bisikan dan perasaan yang mengganggu saya itu suruh berhnti tapi saya tak berhnti pun..saya teruskan sampai selesai mandi wajib itu..sah tak ustaz status mandi wajib saya itu??
File Upload:
Salam

Teruskan mandi dan mandinya sah.. Usah dilayan benda yang pelik-pelik tu..

Islam tu mudah, yang jadi susah itu kita yang tak pandai...

selamat beramal..

tk

Visitor IP: 183.171.19.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 14, 2016

Soalan: kaedah mandi hadapi gangguan

Nama*:en.syukor
Tajuk*:kaedah mandi hadapi gangguan
Message*:assalammualaikum ustaz,jika ada bisikan yang ganggu dia berkata apa sekalipun tidak membatalkan mandi pun kan tuan? misalnya..saya jatuhkan niat mandi wajib dalam hati,kemudian mula nak menggosok ditubuh badan,bisikan mula datang dengan berkata, 'mandi sunat lah, itu ini dan sebagainya..tetapi untuk bantu saya,selepas jatuh niat dihati,semasa mula nak menggosok ditubuh badan saya lafaz niat mandi wajib itu ulang2 dimulut sehingga selesai mandi untuk bantu melawan bisikan2 itu..mandi wajib itu tetap sah saja kan dan tetap sempurna..betul?
File Upload:
Salam

Bila sudah ada niat nak mandi wajib tu.. teruskanlah.. usah dipedulikan was-was lagi. Ia penyakit yang perlu diubati segera.

Fahamkan kaedah yg cukup mudah .. mandi je pun... kan pelik menjadikan mandi itu suatu yg susah??

Visitor IP: 183.171.21.144

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi hadas kali ke-2

Nama*:afizuddin
Tajuk*:mandi hadas kali ke-2
Message*:salam ustaz,saya masa tu dah selesai mandi wajib untuk yang pertama.kemudian,saya mandi wajib kali yang ke-2 untuk bagi sempurna sekali lagi dalam masa yang sama.kiranya saya mandi wajib itu 2 kali..ustaz,seandainya mandi yang ke-2 itu tidak sah,tapi mandi wajib yang pertama sudah saya lakukan tadi..tetap sah je kan mandi yang pertama itu? dan tidak membatalkan mandi pun yang pertama itu..atau pun sudah memadai mandi yang pertama itu..adakah mandi yg pertama itu menyebabkan tidak sah? kena ulang balik lagi ke? boleh ustaz jelaskan
File Upload:
Salam

Usah dibazirkan air. Berdosa.

Mandi sekali sahaja cukup untuk sahkan mandi wajib

Usah dilayan keraguan yang menyusahkan hidup anda juga.

tk

Visitor IP: 183.171.19.79

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tidak sengaja

Nama*:insan berpenyakit
Tajuk*:tidak sengaja
Message*:salam ustaz,kalau tengah mandi wajib kita tak sengaja mengejek tuhan adakah sah mandi wajib saya itu.contoh,semasa mandi, saya berckp dimulut 'tuhan tahu niat mandiku ini'..tiba2 ada bisikn yang datang saya terus sebut 'syaitan jangan dilayan'..kemudian tersasul tersebut tuhan setan..maaf ustaz saya bukan berniat mengejek allah..tapi saya nak pertahankan mandi saya itu daripada gangguan bisik2 itu..saya nak sebut 'tuhan tahu niat ku'..tapi tersasul menyebut ayat mengejek allah..maaf ustaz soalan agak pelik..tapi sah tak mandi wajib saya yang sudah saya lakukan itu?? maaf ye ustaz tapi saya perlu tahu juga
File Upload:
Salam

Usah layan benda yang tak elok.. Kenapa nak fikir yang bukan-bukan.. Ubatilah penyakit anda..

Visitor IP: 183.171.165.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 13, 2016

Soalan: cara lawan was-was

Nama*:muhd akmal bin rahman
Tajuk*:cara lawan was-was
Message*:salam ustaz,maaf bertanya soalan mengenai was-was..
ustaz,apakah cara nak lawan was-was masa mandi wajib? saya tertekan ustaz dengan masalah yang saya alami ini..setiap kali apabila sudah jatuh niat,saya pasti akan diganggu bisikan2 dengan mengubah niat..tolonglah saya ustaz berikan kata2 semangat dan nasihat serta cara nak berubat supaya masa nak mandi wajib saya dapat buat dengan mudah..mcm mana nak lawan setiap kali bila dah jatuh saja niat mandi wajib,selepas itu mesti ada suara dalam hati mengubah-ubah niat..ustaz,saya cuma risau mandi saya tidak sah dan tidak diterima. bagaimana ye ustaz..saya buntu..tertekan..tolong bantu saya
File Upload:
Salam

Banyakkan istighfar, taubat dan bacaan Quran.

Belajarlah ilmu fiqh dengan betul.. ilmu yg betul memberi keyakinan atas apa yang anda buat.. Keyakinan boleh menghapuskan keraguan.

tk

Visitor IP: 183.171.165.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 12, 2016

Soalan: Mohon Kepastian Pasal Cerai

Nama*:Diha
Tajuk*:Mohon Kepastian Pasal Cerai
Message*:Assalammualaikum....

Suami saya ada hubungan dengan perempuan indon yang bekerja sebagai caddy golf di Johor Bahru. Sy telah meminta pertolongan kawan sy untuk mengambil gambar perempuan tersebut tetapi perempuan tersebut telah mengetahui bahawa lelaki tersebut kawan saya. Perempuan tersebut telah memberitahu suami sy dgn mengambil gambar curi dan menghantar kpd suami sy. Suami sy juga kenal lelaki tersebut. Suami sy marah sbb cuba mengintip perempuan tersebut. Pada 9.8.2016 jam 3.23 pm suami sy telah menghantar sms kpd seperti berikut 'ko bgtau dgn suami2 ko tu yg skrg ko dh jadi janda.. nnt suami2 ko tu dtg lh tengok ko'.. Suami2 tu maksudnya sy minta pertolongan dgn kwn sy.. Dia mrh sbb kwn sy tlg sy.. Skrg sy x pasti status sy.. Mohon penjelasan dan pencerahan. Terima Kasih..
File Upload:
Salam

Puan kena berbincang dan cuba dapatkan maksud sebenar SMS berkenaan daripada suami. Jika suami bermaksud TALAK, akan terjadilah talak, jika tidak, ia masih selamat.

Hak talak hanya ada pada suami.

tk

Visitor IP: 203.106.157.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 11, 2016

Soalan: gangguan berhadas

Nama*:insan berpenyakit/gangguan
Tajuk*:gangguan berhadas
Message*:salam..ustaz,maaf ye saya bertanya kemusykilan mandi wajib..ustaz,nak tahu kalau ada bisikan ganggu kita masa mandi wajib,mandi itu tetap sah je kan dan tidak membatalkan mandi pun kan ustaz? lintasan itu memang pelik contoh bila tengah mandi wajib ada mcm berckp dlm hati, 'mandi tak wajib', 'mandi sunat,' 'mandi wajib makmum'..apa yang saya lakukan walaupun perckpan halus itu semakin kuat gangguannya,saya tetap terus nekad habiskan mandi wajib itu dlm masa 15minit. ustaz,gangguan/bisikan dlm hati itu boleh membatalkan mandi ke? saya lawan bisikan itu dengan melafaz niat mandi wajib dimulut dengan suara yang perlahan.niat yg pertama sudah saya niat dlm hati masa air jatuh ditubuh..perbuatan saya itu adakah tetap sah dan sempurna atau boleh merencatkan status mandi wajib saya? dan soalan kedua adakah bisikan yg kacau niat saya itu boleh membatalkan mandi wajib saya itu? tolong jelaskan situasi saya ye ustaz 2 pertanyaan ini.. w'salam
File Upload:
Salam

Usah dilayan bisikan seperti itu. Mandinya adalah sah asalkan sahaja meratakan air ke seluruh anggota badan.

tk

Visitor IP: 183.171.160.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perkataan Bye

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Perkataan Bye
Message*:Assalam... Ustaz sy ada kemusykilan... Adakah perkataan 'bye' termasuk dlm lafaz talak kinayah?
File Upload:
Salam

Tidak sama sekali..

Usah terlalu fikirkan soal cerai.. ia punca kepada semua perkataan hendak dikaitkan dengan cerai.

tk

Visitor IP: 183.171.17.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami Jerit Aku taknak ko Dah - jatuh Kah talak

Nama*:Aaa
Tajuk*:Suami Jerit Aku taknak ko Dah - jatuh Kah talak
Message*:Suami telefon Saya depan isteri Tua dah berkata " ko porak peranda rumah Tangga Aku , puncanya kita berdua , Aku taknak ko dah , faham" jatuh ke talak terhadap saya ...

Kami berkahwin setahun lebih dah isteri pertama Baru mendapat tahu , sejak Dari itu , Suami tertekan Dan isteri pertama menjadi stress & sakit ...
File Upload:
Salam

Kena pastikan hal ini dengan suami, sebab dia yang lafazkan dan dia yang tahu apa maksud dan niat sebenar lafaz berkenaan.

tk


Visitor IP: 113.210.57.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 10, 2016

Soalan: mazi/mani

Nama*:fadhli
Tajuk*:mazi/mani
Message*:salam..ustaz..saya nak tanya..saya bermimpi ada bermimpi ghairah tapi selepas itu saya terus bangun daripada tidur dan saya lihat kemaluan saya hanya terangsang dan tidak nampak sebarang kebasahan atau pun kesan air mani.selepas itu,beberapa minit kemudian keluar cecair bewarna jernih,melekit,nipis dan tiada bau..adakah itu air mazi? dia tidak memancut tapi selepas kemaluan saya iaitu syahwat reda baru ia keluar cecair itu..adakah itu air mazi? setahu saya jika air mani tidak bersifat begitu?
File Upload:
Salam

Air mazi.. ia perlu dibasuhkan sebelum berwuduk..

tk

Visitor IP: 183.171.28.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Isteri lari rumah mak mentua

Nama*:Zam
Tajuk*:Isteri lari rumah mak mentua
Message*:Assalam, ustaz sy nak tanya pendapat ustaz tentang rumah tangga sy dah kahwin 5 tahun dah ada anak 2 org masaalah isteri sy tak balik rumah dekat 2 bulan duduk rumah mak dia, punca sebab bergaduh Dgn isteri sy.. sy tahu silap sy sebab sy maki dia dgn perkataan kesat masa tu sy memang sakit hati sangat sebab dia tak layan sy bila ajak bersama mcm2 alasan lelaki mana boleh tahan 3 tak dpt bersama lepas tu dia merajuk sampai sekarang dia tak balik rumah, sy pujuk dia siap mintak maaf lagi tapi dia tetap tanak balik.. lagi pun sy tengok dia mcm penting kan keluarga dia dari sy penah dia ajak sy duduk sekali dgn mak ayah dia tapi sy tak nak.. lain lah rumah tak ada.. sekarang sy duduk seorang je kat rumah sebab sy tak ada mak ayah tu sy tak tahu nak buat apa, sekarang ni sy rindu kat anak2 sy lagi pun bapak mentua sy kata dia leh jaga anak dia mcm masuk campur, sy dah tak tahu nak buat mcm mana dah mcm org bujang pulak sy rasa ape perlu sy buat ustaz.. sy tak penah pun pukul isteri sy, sy cuma maki je kalau boleh sy tak nak berpisah dgn dia.. anak sy pun kecik2 lagi, ape pendapat ustaz tengah buntu ni..
File Upload:
Salam

Suami yang baik untuke isteri yang baik juga.. Hitungan diri sendiri  untuk menjadi yang lebih baik.. dan mungkin dengan perubahan yang lebih baik itu dapat meyakinkan isteri untuk kembali kepangkuan suami.

Isteri sewajibnya patuh dan taat kepada suami, tidak lagi kepada ibu bapanya... Isteri sewajibnya duduk bersama suami jika suami sediakan rumah dan apa yang sewajarnya.

Dalam kes ini, elok suami kembali berbincang dengan baik dengan isteri, terangkan hukum hakam agama yang patut dibuat, utamakan agama dan Allah dalam urusan hidup, tentunya isteri akan patuh dan reda dengan keadaan apa jua sekalipun.

Campur tangan keluarga ada kalanya menambah parah dalam rumah tangga. Yang perlu ialah suami memberi keyakinan terbaik kepada isteri dan ibu bapanya bahawa suami seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga anak isteri dengan baik.. Keyakinan yang telah hilang perlu dipulihkan dahulu..

Kenalpasti punca mereka tidak percaya kepada suami...

Doalah selalu.. moga Allah berikan yg terbaik kepada kita.

tk

Visitor IP: 183.78.45.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 9, 2016

Soalan: kotoran pada isi kuku

Nama*:ahmad hamidun
Tajuk*:kotoran pada isi kuku
Message*:assalam, ustaz..boleh terangkan tak adakah sah cara yang lakukan ini:
saya mandi hadas selesai pukul 5.05ptg..kmudian saya bersiap2 memakai baju..dah lap-lap semua kemudian dalam pukul 5.40ptg saya perasan ada sesuatu dikulit kuku lekat dikulit..saya saya kuis2 kan benda itu dan pergi semula ke bilik air dan niat dalam hati sambung mandi wajib basuh bahagian jari kaki itu tadi..tak perlu ulang mandi semula kan? cukup memadai apa yang saya lakukan itu ye?
File Upload:
Salam

Ia sudah cukup dan memadai sebegitu. Islam tidak menyusahkan umatnya..

tk


Visitor IP: 183.171.23.103

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 8, 2016

Soalan: bahagian hidung tidak kena air

Nama*:ariffin bin abdul muiz
Tajuk*:bahagian hidung tidak kena air
Message*:salam ustaz,saya nak tanya boleh dan sah tak selepas selesai mandi wajib,ada perasaan sesuatu pada bibir hidung kemudian saya pergi saja ke sinkin dan basuh saja bahagian bibir hidung itu...sudah sah tak mandi wajib saya mcm itu? saya selesai mandi pukul 8.00mlm,kemudian dlm pukul 8.25 saya perasan ada sesuatu dibibir luar hidung..jadi saya pergi ke sinki dan basuh saja bahagian situ..tak perlu ulang mandi semula kan? mandi saya juga tadi sudah lama..memadai basuh bhagian itu saja atau mandi balik?
File Upload:
Salam

Sah mandinya,..

tk
Visitor IP: 183.171.22.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA