Soalan: lafaz talaq
Nama*: | mohamad |
Alamat Email: | zrn8823@gmail.com |
Tajuk*: | lafaz talaq |
Message*: | salam ustaz....saya ingin bertanya saya pernah bersumpah dengan isteri saya dengan kata-kata JIKA SAYA BERMAIN JUDI LAGI SELEPAS INI JATUH LAH TALAQ TIGA.... MOHON PENJELASAN UST..... Untuk perkara ini terjadi sebab isteri saya tidak percaya yang saya sudah berhenti dan taubat...semenjak saya lafaz saya tidak lagi berjudi...sekian terima kasih |
File Upload: | |
Salam.
Ini adalah lafaz taklik yang sah diucapkan oleh suami. Akan terjadi talak (jatuh talak) jika aku janji ini dilanggari.
Alhamdulillah dan tahniah kerana saudara sudah berhenti daripada judi. tahniah dan teruskan mendapat rezeki yang halal.
tk
Visitor IP: 202.188.229.222
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.