Tuesday, June 17, 2014

Soalan: Penceraian yang perlu

Nama*:hajar
Alamat Email:
Tajuk*:Penceraian yang perlu
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz bilakah seorang isteri menjadi wajib utk meminta penceraian?

Bila sy terbaca masalah seorng pembaca, sy tertanya2 ttg soalan ini..

Ada rakan sy juga suaminya terlibat ttg pil2 dadah..isterinya tahu tp dia kata selagi tidak berjangkit padanya kesihatannya jadi xmengapa..

Sy tidak berapa setuju dgn pendpat dia..bagaimana pndangan ustaz?
Ctoh peristiwa yg kita baca dlm paper..anak kena rogol, anak dibunuh..

Tidak mungkin seorg isteri yg tinggal serumah tidak tahu perihal

Ttg suami yg jahat itu..mungkin bg mereka redha dan berdoa kerna itu tugas isteri yg soleh..sy keliru disini bukankah menjadi berdosa kerna kita kerna menzalimi diri sendiri, bagaimana pndangan ustaz jazakallah...
File Upload:

Salam

Isteri berhak dan boleh meminta cerai drp suami setelah darurat itu lebih besar daripada manfaat dalam rumah tangga. Umpama kes dadah, isteri boleh menuntut cerai dariapda mahkamah. Atau pun kes penderaan dan sebagainya. Boleh diminta cerai.

Namun bagi sesetengah wanita, mereka kasihan kepada suami yang walaupun mereka terseksa, mereka pasrah menerima takdir dan tidak kisah menanggung penderitaan. Itu terpulang. Kerana difikirkan betul juga, jika berpisah dengan suami, siapa lagi yang sanggup mengambil lelaki si penagih itu sebagai suami...

op.. sorry

Visitor IP: 1.9.98.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA