Nama*: | aszian |
Alamat Email: | malapetaka_momoz@yahoo.com |
Tajuk*: | masalah keluarga |
Message*: | masalah pertama: ibu saya sering bergaduh dengan ayah..sampaikan ibu saya menghalau ayah dari rumah.ayah tinggal bersama abang sya sekarang.apakah ibu saya berdosa??apakah peranan saya sebagai seorang anak? masalah kedua: suami kakak sya telah berkali-kali melafazkan cerai kepada kakak saya setiap kali bergaduh di rumah. Saksinya adalah anak-anak mereka sendiri..mereka masih tinggal lagi bersama-sama tanpa ada apa-apa masalah.saya pernah memberitahu kakak hukumnya mereka sudah tidak suami isteri lagi.tapi kakak tidak peduli..apa yang perlu saya lakukan?? sya tidak mahu gaduh dengan mereka.. |
File Upload: |
Salam
Pergaduhan itu normal, tetapi jika berlebihan itu sudah tidak sepatutnya berlaku. Jika isteri mengusir suami dari rumah, pada saya ia satu dosa besar kepada isteri. Isteri perlu meminta maaf dan menembalikan keadaan seperti biasa. Berdamailah. Peranan puan sebagai anak ialah menasihati ibu agar dia lebih tahu menghormati suaminya. Dalam masa yang sama, perlu juga dipujuk dan dinasihati ayah puan agar dia lebih bertanggungjawab dan tahu meneladani keluarga dan anak-anak. Suami yang bertanggungjawab biasanya rumah tangga tidak bermasalah. Ia banyak berpunca daripada suami juga. Bantulah ibu dan bapa puan untuk mereka membina rumah tangga yang baik.. Nasihatilah mereka.
Suami isteri perlu tahu dan belajar agama terutamanya hal ehwal nikah kahwin. Mereka perlu tahu perkara asas tentang tanggungjawab suami isteri, hokum talak cerai, rujuk dan sebagainya. Apabila mereka tidak tahu, itulah akibatnya. Talak boleh jatuh setiap hari, setiap kali bergaduh. Dan selepas itu masih duduk sekali tanpa rujuk, malah ada pula yang sudah lebih tiga kali talak tetapi masih juga sepertinya suami isteri. Ini perkara besar sebenarnya.
Saya berpendapat, puan boleh bantu mereka dengan menghadiahkan buku agama, khasnya tentang talak dan rujuk. I aboleh membantu mereka memahami hukum hakan agama dan kembali ke jalan yang benar.
tk
Visitor IP: 183.171.175.145
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.