Wednesday, June 11, 2014

Soalan: pegang kasut dari kulit babi

Nama*:yani
Alamat Email:
Tajuk*:pegang kasut dari kulit babi
Message*:Salam ustaz...saya on internet utk cari info tentang kasut yg dibuat dari kulit babi..
Kemudian saya terus pergi ke rak kasut utk pastikan ia kulit apa..saya pegang kasut anak saya dan dapati ia dari kulit babi...saya terus buang...
Perlukah saya samak tangan saya?

Klw mcm mlm saya pegang kasut tu dgn tgn basah, pagi esokknya samak blh ke ustaz? Macam mana dgn barang2 lain yg saya pegang seperti basuh pinggan, basuh baju

Saya dah samak..lepas basuh 6x dgn air mutlak...didapati ada kesan tanah di tepi kulit kuku...perlu ulangi samak ke ustaz kalau ada kesan tanah tu
Macammana dgn barang yg saya pegang dlm keadaan tgn basah yer ustaz...mcm kita basuh pinggan/ baju..perlu ke samak baju / pinggan tu

Kasut yg saya terpegang tu ada bintik 3...tapi bintiknya selari tak macam segitiga..sbb was2 saya samak je.
Dia bintik2...3dot selari...ada yg senget sikit..tp setiap tompok ada 3 titik

Kalau disambung tak mcm segitiga... Titiknya ada yg lurus..ada yg senget..ade yg boleh disambung menjadi segitiga tp tak tepat.
File Upload:

Salam

Panduan utk kenal pasti kulit babi ke tidak boleh dirujuk kepada beberapa laman web jabatan agama..

Biasanya ia tiga titik macam pyramid tu..

Jika kasut itu dipegang dalam keadaaan kering, tidaklah perlu disamak, jika basah kenalah samak.

Jika dah lambat samak hingga dah terpegang benda lain dulu.. dimaafkanlah sekadar yang teringat..

tk


Visitor IP: 203.106.158.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA