Monday, June 16, 2014

Soalan: ANAK

Nama*:mia
Alamat Email:
Tajuk*:ANAK
Message*:Assalamualaikum Ustaz..

saya pernah bertanya soalan kepada ustaz tahun lepas dalam
keadaan saya mengandung..yang mana saya dapati suami saya
terlibat dlm ketagihan pil2 dan keluarga saya dapat mengetahuinya lalu menghalaunya dari rumah..ustaz pernah
nasihatkan saya dulu teruskan perpisahan dgn menuntut fasakh..

utk pengetahuan ustaz semuanya telah selamat yg mana kami
telah bercerai dgn talak 1..

cuma yg menjadi kebuntuan disini tentang anak . anak saya berumur 1 tahun..alhamdulillah dpermudahkan dlm melahirkan
permata ini walaupun dugaan Ya Allah berat sgt..

bekas suami saya sejak berpisah (sejak mengandung) langsung
tidak ambil tahu pasal anak, bgitu juga dgn keluarga bekas
mertua, mereka langsung tak bertanya kabar tentang sihat
atau tidak anak ini etc..membuatkan hati saya selama ini
memaafkan apa yg terjadi bertukar dgn benci..mereka pernah
berkata mengapa halau anak dia dari rumah, ni angkara
balasan kerna menghina..diorang langsung tak sentuh perihal
anak dia yg ketagihan pil dadah itu tapi tetap menyalahkan
saya dalam semua hal..

ustaz perasaan saya sakarang bersilih ganti dgn kecewa dan
kesian pada anak yg tidak bergelar bapa..langkah saya bercerai sbb SATU, keselamatan ANAK..demi Allah..

baru2 ini pihak diorang telah hubungi saya utk bertanya
ttg no akaun anak saya utk masukkan duit, tetapi bekas mak mertua saya langsung tak tanya ttg kesihatan cucunya, hanya mahu berikan duit. saya takut andai
diorang mahu ambil anak saya di bawah jagaan saya..dan tuntut di mahkamah nnti..

ustaz, bagaimana saya harus mennyelesaikan perkara ini..jika saya pergi bawa anak saya ke rumah mereka tetapi
mereka langsung tidak berasa kasihan terhadap saya mmbuatkan
hati saya membuak2 terasa sedih dan sakit hati .. saya ketika mengandung 5 bulan ketika itu ya Allah berat sangat
cuba utk tidak bersedih takut effect ketika proses kelahiran..tetapi bekas keluarga mertua saya boleh buat selamba atas perbuatan anak mereka..bg mereka anak mereka hanya ketagih pil dadah, bukan cucuk (inject) jadi tidak mendi hal..

saya juga buntu bagaimana anak ini besar nnti bertanya perihal ayah dia..perlukah saya berterus terang..ya Allah.. ustaz bantulah saya semua kebtuntuan ini..
File Upload:

Salam puan

Perceraian ada kalanya satu jawapan terbaik bagi mengatasi masalah seperti ini. Namun kesannya amat berat biarpun perceraian itu atas kehendak kita sendiri.

Puan, bersabarlah. Peliharalah anak itu sebaiknya dengan penuh kasih saying. Usah dirisaukan perkara yang tidak pasti. Tawakal dan berdoalah kepada Allah agar anak ini menjadi anak yang soleh, baik dan terhindar daripada bahana dadah.

Peliharalah dia sebaiknya biarpun tanpa kehadiran seorang bapa. Ramai ibu tunggal yang Berjaya melahirkan anak yang hebat dan cemerlang. Ini cabaran pihak puan. Teruskan azam dan usaha utk mendapatkan anak yang sebaiknya.. Perkara lain itu, usah dirisaukan. Pastinya Allah bersama orang yang benar.

Anak yang pandai akan tahu menilai mana yang baik dan buruknya. Berterus teranglah kepada anak, bukan untuknya membenci siapa ayahnya tetapi suapa dia tidak menyalahkan kita dalam semua perkara.

tk
Visitor IP: 1.9.99.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA