Monday, June 2, 2014

Soalan: sah atau tidak


Nama*:mohd azri
Alamat Email:nan_arena8710@yahoo.com
Tajuk*:sah atau tidak
Message*:salam ustaz...saya telah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki..hubungan saya bersama isteri adalah baik sangat..baru2 ini saya bersama isteri telah ke rumah ayah saya dan telah bertengkar denganya kerana berlaku salah faham..semasa pertengkaran tersebut saya telah menyuruh isteri saya balik ke rumahnya supaya tidak timbul masalah yang lain..setelah itu saya bersama ayah saya berdua di dalam rumah dan pertengkaran menjadi teruk kerana ayah saya memarahi saya dengan teruk..setelah tidak tahan dimarahi oleh ayah..saya dalam keadaan sangat marah dan terus memberitahu beliau "apa lagi yang hendak saya buat?? senang cerita saya ceraikan isteri saya..itu yang ayah mahukan..3 terus biar puas hati semua orang"

soalan saya adakah jatuh talak tersebut dan berapa...
bantuan ustaz kalau boleh secepat mungkin...
File Upload:
Visitor IP: 211.25.32.130

Salam

Adakah saudara sebut dengan jelas lafaz Saya ceraikan isteri saya, atau saya ceraikan dia! ?

Jika lafaz jelas seperti ini disebut, maka jatuhlah talak, jika tidak ia sebagai satu kenyataan lafaz yang tidak membawa kepada jatuhnya talak.

Pada saya, lafaz 'senang cerita saya ceraikan isteri saya, itu yang ayah mahukan..' ia tidak menjatuhkan talak.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA