Nama*: | Ali |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Niat |
Message*: | Slm Ustaz..sy ingin bertanya..berkaitan dengan "niat" dalam konteks hukum perceraian..bagaimana dan bila niat itu dikira sah apabila berlaku situasi seperti: 1) (KINAYAH) : Apabila Si suami berkata pd isterinya "pergila balik ke rumah orang tua kau" - bagaimana niat itu dikira sah..niat dulu baru lafaz atau lafaz dulu baru niat..atau niat serentak dengan lafaz? 2) (MENGAKU BUJANG) : Lafaz "Saya belum kahwin lagi" (Tapi Sebenarnya dah berkahwin) - bagaimana niat itu dikira sah..niat dulu baru lafaz atau lafaz dulu baru niat..atau niat serentak dengan lafaz? 3) (TAKLIK) - Adakah Lafaz taklik memerlukan niat? 4) Apa sebenarnya maksud dan erti Niat dalam konteks tersebut? a) Sebagai contoh dalam bersolat kita berniat "Sahaja aku bersembahyang solat zohor 4 rakaat kerana Allah Taala". b) Tetapi bila kita berniat aku cerxx kau dengan talxx 1 akan dikira bercakap dlm hati atau lintasan hati.. Saya keliru..sekian..wassalam... |
File Upload: |
Salam
1. Niat ialah suatu keazaman atau satu yang diputuskan dalam hati untuk lakukan sesuatu. Ia mudah, seperti kita kita sebut sahaja; aku nak puasa esok; maka jadilah niat dengan adanya sebutan seperti itu. Pada kes 1, jika maksud suami sebut pergilah balik itu ialah untuk cerai atau talak, maka jatuhlah talak satu.
2. Setiap perkataan yang disebut dan perbuatan yang kita buat adalah disertai niat. Perkataan itu adalah pengesahan kepada niat. lafaz saya belum kahwin lagi, tiada apa kesan dalam hal ini..
3. Lafaz taklik jika dilafazkan tentulah ada bersamanya niat, kerana lafaz itu disebut sebagai pengesahan kepada apa yang ada di hati.
Usah terlalu sibuk dengan was-was... Contohnya dalam solat, hendak sujud perlukan niat, hendak rukuk perlukan niat... memang benar begitu. Cuma niat itu ialah kita bergerak untuk rukuk itu dengan pergerakan yang disengajakan untuk rukuk dsb...
Visitor IP: 175.136.236.217
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.